Jun 16, 2010

Buku sebagai Inspirasi

Atiq Wazif. Anak istimewa. Pengalaman saya bersama anak istimewa saya hanyalah 1% daripada cabaran yang dihadapi oleh Encik Hasan dan Puan Dora bersama Atiq Wazif. Membaca kisah Atiq Wazif, saya rasakan bahawa usaha saya untuk anak saya masih belum cukup. Usaha gigih dan kecekalan Encik Hasan dan Puan Dora SANGAT mengkagumkan dan WAJIB dicontohi oleh semua ibubapa di luar sana, khususnya yang mempunyai ANAK ISTIMEWA.

Syukur, saya diberi 'rezeki' untuk membaca buku ini. Proses mendapatkannya sahaja sudah cukup memberi 'hint' bahawa, BUKAN senang untuk memperolehi yang TERBAIK. Buku ini hanya berjaya saya miliki selepas kunjungan ke 5-6 buah kedai buku berhampiran JB dan juga Subang Jaya/Shah Alam. Buku yang sering disebut-sebut oleh kawan-kawan dan kenalan. Saya merasa cukup TERUJA untuk membacanya. Buku ini juga merupakan naskhah terakhir yang berada di atas rak pameran waktu saya membelinya.

Anda boleh beli di sini secara online. Membaca buku ini memang memberi satu kepuasan.

'Keistimewaan' Atiq Wazif masih belum dapat diklasifikasikan secara pasti oleh pakar dan doktor. Namun yang pasti, kesihatan beliau dan tumbesaran beliau sangat kritikal dan terjejas sejak dilahirkan. Penantian 4 tahun 6 bulan untuk melihat anak ini berdiri dan melangkah di atas kakinya sendiri bukan sahaja menitiskan air mata papanya, saya juga turut menangis membacanya.

Kemajuan-kemajuan kecil yang mungkin hanya dipandang sebelah mata bagi anak normal, membawa makna yang SANGAT besar bagi setiap anak istimewa. Itulah yang dirasai oleh Encik Hasan dan Puan Dora. Perasaan yang bukan asing bagi saya juga.

Kebolehan menghisap minumannya melalui straw, keupayaannya mengunyah makanan malahan bunyi-bunyian yang dikeluarkan dari mulutnya (walaupun bukan kata-kata) adalah HADIAH yang bernilai LEBIH dari jutaan ringgit daripada Atiq Wazif kepada papa dan mamanya. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana GIGIHnya anak ini berusaha sebagaimana KUATnya juga Encik Hasan dan Puan Dora melalui kembara hidup bersama Atiq Wazif.

Terima kasih Encik Hasan atas perkongsian yang sangat  bermanfaat :)





4 comments:

keen said...

there's still hope 4 abil..we just have to keep trying and do our best to assist abil :D

Hasan said...

Salam.

Tahniah kpd Sdri di atas usaha mendidik Abil. Masih banyak yang boleh diusahakan. Saya kagum dengan kegigihan Sdri sekeluarga. Teruskan usaha dan saya dapat rasa potensi untuk Abil mencapai sesuatu yang istimewa masih cerah.

Syahida said...

keen, there IS always hope..but i think we'll just hv to put in MORE effort and doa too, insyAllah..

Syahida said...

Wa alai kum salam en.Hasan,

Terima kasih atas sokongan. Usaha saya ni tak seberapa sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan en.Hasan suami isteri dan keluarga.

sama-samalah kita berusaha untuk anak-anak kita

salam kasih sayang untuk Atiq Wazif
:-))