Dec 1, 2010

Bila Abil menulis

Dua minggu lepas, mak saya terjumpa sesuatu yang agak mencuit hati. Agaknya kalau sesetengah orang mungkin dah berteriak, 'mengamuk' atau paling kurang pun, mengeluh bila terjumpa buku banknya dengan contengan-contengan seperti di bawah. Tapi, mak saya masih boleh tersenyum malah ketawa bila dia bercerita pada saya sambil menunjukkan 'bahan bukti'.

Kalau anda perasan, ada perkataan 'fire' di situ. Lain-lain perkataan, tak ada maksud. Menariknya, mak saya hanya sedar yang buku banknya diconteng bila dia ke bank untuk kemaskini buku akaunnya. Mujurla tak kena marah dengan pegawai kaunter bank *haha. Yang pasti, kalau buku bank saya yang 'terkena', mesti dah kena pekik satu round agaknya *hehe. 

4 comments:

ja amran said...

ini kalau kena ngan hubby aku --- perang dunia la gamaknya, bukan dgn budak tp ngan aku2 skali hahahah!!!

Syahida said...

Mekja, aku + hbby ni da tak larat nak ber'perang dunia'..dah selalu sangat..buat lah macamana pun, sorok la celah mana pun, mmg akan jadi jugak insiden2 macam ni...maka, kami pun angkat ler 'bendera putih'..huhu..tapi sekali sekala, kena pekik gak..haha

Zuraini bt Zainal said...

hahahah..tumpang gelak...
kena simpan nie...kenangan....

Syahida said...

ani, mmg mak simpan pun hehe..stp kali tgk mmg senyum sampai ke telinga :)