Jan 9, 2012

Rutin lama, Rutin baru (episod 3)

Nurhan Zarif. Kembali ke sekolah.

Hari pertama: Bersemangat. Teruja.

Hari kedua: Ok. Macam Biasa.

Hari ketiga: Mula liat bangun pagi. Saya dah cerita di sini.

Hari keempat: Hari ini. Sangat LIAT bangun pagi. Menangis. Merengek.

Tindakan saya? Diam. Diam. Diam. Tidak ada drama menengking,memekik atau marah. Bercakap bila perlu. Dengan nada bersahaja. Macam biasa.

"Adik tak nak pergi sekolah....tak nak pergi sekolah..."

Berulang-ulang kali Zarif mengulang skrip ini. Macam tape recorder. Saya terus diam.

Marahkah? Tidak. Cuma geram. Selebihnya, saya sudah lali. Terlalu lali. Kalau belum lali, confirm saya dah jadi 'mak singa' pagi-pagi.

Sambil memandikan dan menyiapkan Zarif, hanya ini skrip saya.

"Kakak dah pergi sekolah. Abang Abil pun pergi sekolah. Adik pun kena pergi sekolah." (dengan tenang)

Langsung tiada nada marah. Saya cuba sehabis boleh menggunakan nada rendah dan berhemah. Ada sedikit aksi meronta. Tapi masih terkawal. Saya teruskan memberinya makan seperti tiada ada berlaku. Skrip 'tape recorder' masih on.

Sambil makan, saya cuba alih perhatian Zarif. Buka channel kegemarannya, 615. Sambil makan, sambil layan Pink Panther.

"Adik tak nak pergi sekolah...." Lagi dan lagi dan lagi..

Respon saya; "Mak tak marah adik pun. Jom, mak dukung masuk kereta."

Mujurlah fizikal si kenit hampir 6 tahun ini sangat kecil. Ala-ala 4 tahun saja. Advantage untuk saya. Sambil dia merengek, sambil saya masukkan dia ke dalam kereta. Tangisan makin kuat. Saya abaikan dan terus diam. Buka gate. Masuk kereta dan terus memandu ke sekolahnya.

Dalam kereta, ketika berhenti di traffic light, saya kesat air mata dan hidungnya. Saya tanya Zarif; "Adik tengok kawan-kawan yang nangis pergi sekolah tu, cantik ke? Bagus ke menangis kat sekolah?" Kali ini, dia pula diam. Selepas beberapa minit, dia ulang lagi. "Adik tak nak pergi sekolah...."

"Adik tak ada pilihan. Suka atau tak, adik kena pergi sekolah." saya menjawab, masih dengan nada berhemah.

Sampai depan pintu kindy-nya, tangisan makin kuat. Meronta-ronta. Saya masih dalam mode tiada perasaan. Teacher terus ambil alih peranan saya. Zarif diangkat dan didukung ke pintu masuk. Habis cerita.

Sememangnya saya sudah cukup 'lali' dengan episod anak-anak menangis/meragam/mengamuk/yang sewaktu dengannya. Bukan senang nak sampai ke tahap ini. Ambil masa 3-4 tahun juga. Kalau dulu, bila berdepan dengan situasi begini, sayalah yang pertama sekali jadi drama queen. Sekarang tidak lagi. Saya sedar, bila kita keep cool dan bertenang, itulah yang terbaik.

Oh ya, untuk anak-anak autisme, situasi begini juga dipanggil meltdown atau tantrum. Autisme atau bukan, bila kemahuan tidak dipenuhi, memang anak-anak akan 'tunjuk perasaan'. Kita sebagai ibubapa hanya perlu bertenang dan cari jalan untuk meredakan keadaan. Paling tidak pun, kawal perasaan kita sendiri sebelum kita mengajar anak-anak mengawal perasaan mereka.



6 comments:

Edi said...

sama je yg autisma dengan tak.. dulu si imran tu sebulan menangis taknak gi sekolah... mcm2 ragam, nak mandi suruh saya yg mandikan.. pakai baju suruh saya buatkan.. saje je.. lps sebulan tu agaknyer dia dah give up 'taktik' dia x menjadik, ok jelah gi sekolah... hehe.. mcm2 ragam.

Syahida said...

edi, tau takpe..hehe. Si Zarif ni bukan 1st time pgi sekolah pun, dah masuk thn ke3. biasalah monday blues..masalahnya, the blues always continues...kadang2 sepanjang tahun. ms kak dina dulu pun mcm tu...kadang2 abil lebih baik bab2 pergi sekolah ni..hmmm..lain anak, lain ragamnya..sabo jelah

ibuhebat said...

hmmm... tambah2 hari isnin kan.. lagggiii la liat! hehe..

Syahida said...

owhh sangat BETULLL! 10 markah utk yati haha

shogun_na said...

Harini Ammar excited ke tadika...jarang2 sgt dia meragam itupun kalau pg2 udah bikin mamanye hot...pasti insiden nangis2 dpn pagar terjadi...

Kenapa Ammar excited, harini nie akan ke Zoo..zoo kemaman... ;) daripada ari jumaat, excitednya ;) dan dorang nie dah biasa, dari umo 2bulan dah ke tmpt ini...dorang dah used to it... Mudah2an berterusan la hendaknya...

Syahida said...

ina, kalau ada outing kindy, mmg dorang excited sangattt..
kalau nak ngamuk/nangis tu, bukan kira skool baru/lama, saja je nak test mamanya betul tak? grr..