Aug 13, 2012

Mode Syawal (episod 2)


Belum Syawal lagi. Masih Ramadhan. 24 Ramadhan 1433H.

Mode Syawal 'on'. Rasa sedih pula di penghujung Ramadhan. Hmm, dah masuk usia 30an baru nak belajar appreciate Ramadhan. Padan mukaku. huhu

Apa pun, better late than never. InsyAllah Syawal tahun ini akan disambut sesederhana mungkin. Less shopping, more charity-making. Mudah-mudahan, kita semua diberkati Allah. Amin!
Sempat saya membelek-belek dan 'menggali-gali' koleksi gambar Aidilfitri kami. Special untuk anda, anak-anak saya; Dina, Nabil dan Zarif dari 2007-2011. Pra-2007, gambar-gambarnya bukan digital. Saya tak reti tak rajin nak scan. hehe


2007


2008


2009


2010


2011

Pengalaman berhari raya dengan anak-anak saya, terutamanya Nurhan Nabil memang cukup happening. Walaubagaimanapun, raya tetap raya! Saya harap segalanya dipermudahkan sekali lagi tahun ini. Ok, saya tak sabar nak berkumpul adik beradik dan berjumpa saudara mara di utara.

Saya harap anda enjoy dengan entri saya hari ini. Saya suka! Anak-anak saya comel kan? hihi

Selamat menempuh hari-hari terakhir bulan Ramadhan.

Jumpa lagi!


2 comments:

ibuhebat said...

wah! nak upload gambar raya tahun2 lepas jugak lah. hehe

syahida said...

sila...sila..upload! hehe
kasi meriah sikit mode syawal kita :)