Feb 3, 2013

Abil Oh! Abil (episod 3)


dari google


Abil Oh! Abil (episod 2)


Minggu ini agak menguji saya dan suami. Mood Abil turun naik, kerap juga dia tantrum. Tak boleh silap sikit. Tiba-tiba Abil jadi rigid dan bila sudah marah/menangis, SUSAH nak reda.

Saya tak pasti jika ia berpunca daripada masalah sensori. Adakah dia merasa sakit/tidak selesa? Adakah dia tidak sukakan sesuatu? Saya tak tahu. Puas saya cuba 'baca' body language-nya. Saya juga cuba slow-talk dan bertanya. Tapi, as expected, dia 'ignore' saya (bukan sebab dia sombong atau tak mahu memberitahu, sebaliknya dia memang tidak mampu/tidak tahu bagaimana untuk meluahkan).

Ya, itulah perbezaan antara individu autisme dan individu tipikal. Kalau anak-anak tipikal, mereka biasanya boleh memberitahu kita jika mereka bermasalah. Kalaupun ada yang suka berahsia, adalah lebih mudah untuk kita bertanya dan mencari punca mereka marah/menangis, berbanding anak autisme.

Dua tiga hari kebelakangan ini, nampaknya angin bad mood Abil sudah perlahan-lahan hilang. Sengaja saya pendamkan masalah ini sewaktu tantrum-nya memuncak kerana saya sedang cuba memikirkan yang baik-baik saja waktu itu. Happy thoughts. happy thoughts. happy thoughts! dengan harapan ianya akan segera berlalu.

Bila anak autisme 'mengamuk', keadaannya agak 'over'. Apalagi kalau yang menangis dengan teruk itu seorang kanak-kanak pra-remaja, bukan lagi usia bayi/toddler. Saya tak mahu cerita detail-nya, yang pasti it is NOT a pleasant sight. Bila anak-anak tantrum (tipikal ataupun autisme), ibu bapa dengan mudahnya boleh jadi hilang sabar dan melakukan perkara-perkara yang di luar dugaan. Boleh baca di sini dan sini.

Waktu kusut dan serabut, saya hanya mampu untuk ignore dan cuba peluk Abil apabila dia kelihatan seperti sudah tidak boleh mengawal emosinya. Zikir dan surah Al-Quran juga saya cuba baca dan amalkan (samada ketika moodnya baik atau sebaliknya). Sampai ke satu tahap, bila saya hembus ubun-ubunnya berkali-kali, dia pandang saya dengan muka pelik.hehe (rasa nak tergelak pun ada).

Kadang-kadang, terlepas juga memukulnya. Lepas tu, menyesal tak sudah.

Anyway, it's all over for now. Hujung minggu yang gembira untuk Abil dan kami. Seminggu lagi cuti Tahun Baru Cina pun akan bermula. Tak sabar!

dari facebook


2 comments:

SUwithlove said...

askum... berat mata memandang berat lagi bahu memikul... saya faham apa yang awak rasa. Saat anak saya sakit tahun lepas sampai hari ni ada masanya saya seakan terasa kesakitan yang dia terpaksa tanggung... kesakitan itu mungkin penghapus dosa atas kekhilafan sendiri. Bila dengar lagu Muhasabah Cinta rasa sedih sangat....

syida said...

wa alaikum salam,

mmg betul, segala ujian/musibah/dugaan ke atas kita adalah penghapus dosa. Cuma, kadang2 risau dengan diri sendiri yang x cukup sabar. takut anak jd mangsa. Bak kata wardina, anak2 ni suci. Yang banyak dosa, kita ni..ibubapanya. *selfreminder