Mar 20, 2013

Jom Naik Keretapi (episod 2)


Cerita naik tren yang sudah expired sebenarnya. Tapi sempena cuti sekolah yang hampir tiba (beberapa hari saja lagi), sukalah saya nak mengimbau (eceh!) kisah kami naik tren ERL (KLIA Transit) dan 'lawatan sambil belajar' ke KLIA cuti Disember lepas. hehe 

Dipendekkan cerita, anak-anak cukup suka naik public transport. Oleh kerana kami naik ERL dari Putrajaya Sentral, perjalanan ke KLIA sangat singkat, sekitar 10-15 minit saja. Memang anak-anak tak puas. Tak apalah ye, next time kita naik tren lagi, insyaAllah.

OK. gambar please!



Abil paling teruja. Alhamdulillah, Abil good boy sepanjang outing kami.




Sempat posing sebelum naik tren. 


Dari dalam tren.




Abil enjoy tengok luar.

Kak Dina dan Zarif, tak reti duduk diam. Mujur tak ramai orang.


Sampai airport, kami terus terjah playground di depan KFC.
Dulu, ada replika kapal terbang di playground ni. Sekarang dah tak ada lagi.




Nampak Abil tak?


Sakan mereka main bertiga-tiga.


Main lagi dan lagi.


Jalan-jalan di airport. Bergambar dengan ayahnya (nyorok kat belakang).


Bergambar dengan maknya pulak. hehe

Kebetulan, airport penuh dengan deko Krismas. Memang cantik.



Masuk kedai. Keluar kedai. Posing sana sini.


Kemudian, kami relaks di Balai Tinjau. Tengok aeroplane (bak kata Abil).






Dua orang budak hitam hehe (efek cahaya)






Abil paling khusyuk tengok aeroplane.


Lebih kurang 2-3 jam juga kami di KLIA. Selepas lunch dan solat zuhur, kami naik tren ke Putrajaya Sentral semula dan balik. Fuhh..

Hampir setiap kali ke KL, anak-anak sibuk nak naik tren. Nantilah ye, ada rezeki kita naik tren ke utara pulak, insyaAllah.




Sudah hari Rabu. Pertengahan minggu. I LIKE! :)


Till Later :)


4 comments:

shaza said...

gigih ko bawak budak2 naik tren ye... aku tak pernah pegi balai tinjau tu.. padahal selalu je pg klia.. tak tau pulak boleh lepak2 kat situ.. hehehe..

syida said...

bebudak ni syok sgt naik tren shaza..bila tgk dorang seronok, rasa macam dapat 'duit' haha. itu yg aku gigih2 kan juga..buleh je lepak kat balai tinjau tu :)

ibunurin said...

bawaklah naik ETS pegi ipoh... mesti anak-anak seronok.... Tapi, better bawak permainan sikit, takut diorang bosan sebab lama kan duduk dalam train...

syida said...

tu la..mmg berangan nak naik ETS ke Ipoh, tapi ayahnya belom cukup rajin nak bawak..haishh..maknya suka aje nak bawak anak2 jalan naik keretapi. InsyaAllah ada rezki nanti nak try juga ETS tu. thx ibunurin :)