Apr 18, 2013

Jalan-jalan sana sini (episod 2)


Saja nak kongsi, favourite shop kami.
MR DIY

Nama je MR DIY tapi macam-macam ada, bukan sekadar barang DIY.
Bila masuk, memang rambang mata.
Kalau anda suka mencari barang-barang untuk membuat kraf bersama anak-anak, 
inilah tempatnya.

Tak silap saya, kalau di KL, ada kedai Daiso.
Bagi mereka yang biasa mengunjungi Daiso, ia menjual barang-barang dari Jepun, kan?
MR DIY ni lebih kurang 'adik beradik' Daiso.
Cuma, saya kurang pasti samada ia juga menjual produk dari Jepun.
Tapi memang banyak pilihan barangan. Semuanya comel-comel dan harga patut.

Saya dan anak-anak selalu juga ke sini untuk cuci mata, sambil cuci poket sesekali. hehe







Mana Abil? Dont worry, dia ada. 
Saya tak sempat snap gambarnya sebab dia sentiasa 'on the move'.
Mungkin sebab terlalu banyak 'rangsangan' di sekeliling bila masuk kedai ni. hehe


Anda bagaimana? What's your favourite place/shop? 


Cerita sudah habis.

Jumpa lagi :)



dari facebook

3 comments:

SUwithlove said...

Saya suka daiso. Barang pelik2 . Besar kecik semua kira rm5 each. Syidah, kalau dtg kl jgn lupa singgah book xcess kat amcorp mall. Almost hilang akal bila masuk kedai tu.

Amri dan Aishah said...

suka masuk Mr.DIY.
Daiso tak pernah sampai lagi.
Di SUngai Petani (kedah) ni dah ada 3 kot Mr.DIY ni.

syida said...

cik kiah (suwithlove)-> daiso mmg best kan? book xcess tu nnti sy nak jengah gak..mcm best je hilang akal dlm kedai.haha

aishah-> bnyakye mr diy kt utara..kt jb ni akak baru jmpa yg 1 ni..itu pun baru bukak..mmg rambang mata stp kali masuk..kalo x kuat iman, punah poket.hehe