Apr 16, 2013

Yang Abil Suka

Salah satu ciri autisme ialah mempunyai obsesi pada sesuatu.
Obsesi = Minat = Kesukaan

Obsesi mereka biasanya agak ekstrem. Oleh itu, mereka perlu dilatih untuk mengawal obsesi tersebut. 
Kita juga boleh memanipulasi bahan/perkara obsesi mereka secara positif.

Gunakan obsesi mereka untuk mengajar mereka pelbagai perkara, khususnya melatih mereka berdikari. Obsesi boleh dijadikan sebagai reward atau  juga dijana untuk menjadi sumber pendapatan (bila mereka dewasa).

Sepertimana individu tipikal (bukan autisme), obsesi individu autisme adalah pelbagai. Ada yang obses pada objek seperti buku, bola, patung dinasour, gajet, tali atau dawai. Ada yang terlalu suka melukis, mengira, memasak, obses pada angka, abjad atau visual-visual tertentu. Ada yang gemarkan muzik, bermain alat muzik tertentu atau obses pada lagu/rancangan TV.

Apa pun obsesi mereka, selagi ianya terkawal, tidak mengganggu orang lain mahupun menjejaskan diri mereka, saya fikir ia tidak patut dihalang. Melakukan perkara yang mereka suka/minat boleh memberi ketenangan dan kelapangan fikiran.  Bagaimanapun, macam saya katakan, obsesi perlu ada hadnya.  Individu autisme cenderung untuk 'tenggelam' di dalam 'dunia' mereka sendiri jika dibiarkan terlalu sibuk dengan obsesi mereka. Kesimpulannya, layan obsesi seperti hobi, dilakukan dalam keadaan relaks dan tidak keterlaluan.

Obsesi Abil? Ada yang bermusim. Ada yang kekal. Nak baca obsesi-obsesinya sejak dulu, klik SINI. Salah satu obsesinya sekarang ialah melihat skrin TV di kedai elektrik. Lokasi kegemarannya; Kedai Elektrik SenHeng, Jusco.



"Nak pergi Jusco. Nak TV!"
Itulah skrip Abil hampir setiap hari. Asalkan hujung minggu, dia akan sebut skrip ini lagi dan lagi. Kadang-kadang kami ikutkan. Kadang-kadang tak. Alhamdulillah, dia faham. Yang pasti, kalau ke Jusco, kedai elektrik ini memang lokasi wajib, walaupun sekadar singgah 5 minit :)






Selain obsesi pada skrin TV, kebelakangan ini, Abil juga sangat sukakan klip video ini.
Sami Yusuf : It's a Game.

Dia akan tekan repeat dan ulang berkali-kali bahagian lagu yang digemarinya.
Setiap kali nak dengar lagu ini (dari handphone saya),
Abil akan request,"Nak video. Sami Yusuf!"
hehe

video



dari Instagram

No comments: