Aug 19, 2014

Rutin Tidur baru?

dari google


Rutin tidur Abil sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah agak stabil. Tidur awal sekitar jam 9 malam dan bangun pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Dia tidur awal dan bangkit awal. Kebiasaannya, dia tidur terus menerus hingga pagi, kecuali waktu dia kurang sihat, jika dia sugar-high dan tidak banyak aktiviti di waktu siang (bila malam, masih bertenaga).

Dulu-dulu, waktu umurnya 2-6tahun, memang kerap rutin tidurnya 'bercelaru'. Tidur awal, tapi sebelum subuh, jam 2-4pagi, dia sudah bangun dan terus berjaga hingga malam berikutnya (tak tidur siang). Sekarang, situasi ni masih berlaku...cuma dah tak sekerap dulu, mungkin hanya dua tiga kali sebulan (bergantung pada keadaan).

Biasanya, kalau Abil sudah bangun lebih awal (sebelum subuh), dia akan layan diri. Tapi kami juga ambil langkah berjaga-jaga, ipad-nya kami simpan/sorok, komputer di-lock supaya kebarangkalian untuk dia tidur semula atau sekurang-kurangnya berbaring untuk cuba tidur lebih tinggi. Kunci-kunci rumah juga biasanya kami simpan (dia sudah pandai menggunakan kunci untuk buka/tutup pintu) untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Setakat ni, alhamdulillah...tapi kalau dia sudah terjaga, memang saya tak boleh tidur lena lagi, asyik terjaga-jaga meninjau keadaan Abil (walaupun dia selalunya berada dalam bilik saja hingga selepas subuh).

Minggu lepas, waktu Abil demam beberapa hari, saya tidur di sebelahnya setiap malam. Senang saya nak berjaga bagi dia makan ubat, basahkan kepala dan badannya dan tengok-tengokkan keadaannya.  Bila dia dah sihat semula, saya berpindah tidur ke bilik saya. Rupa-rupanya 'rutin' ini dah jadi sebati dengan Abil. Sekarang, hampir setiap malam, dia akan masuk ke bilik saya, kejutkan saya bangun dan 'paksa' saya masuk tidur ke biliknya. Oh anak..

"Ma...ma...ma..Mak!" dia sebut dengan terang dan kuat, sambil tarik tangan saya berkali-kali.
"Abil nak apa ni? Go sleep, ma nak tidur lah.." saya beritahu dia dengan mata separuh pejam.

Masalahnya, selagi saya tak bangun dan berpindah tidur, dia tak give up. Tak habis-habis,  berkali-kali, "Ma...ma..mak...tidur!" sambil tarik saya suruh bangun. Maksudnya tu, nak suruh saya tidur sebelah dia la tu. aiyo!

Saya pun berjalanlah ala-ala zombie dan ikut tidur sebelahnya, biasanya dia akan sambung tidur semula. Sempat saya menjeling jam di dinding, baru pukul 3 lebih...dah 3-4 malam macam ni. haishhh..

Dengan Abil, once u start a new routine, memang susah nak tukar balik ke rutin asal. Ambil masa sikit kot..Letih la tidur berpindah randah ni, anak bujang saya ni dah 11 tahun, tak boleh la lagi tidur celah ketiak mak kan?

Sementara itu, nampaknya saya kena cari idea macamana nak buat supaya tak kena kejut tengah-tengah malam untuk berpindah tempat tidur. huhu

Anyway, apalah sangat tidur saya yang terganggu, kalau nak dibandingkan dengan nikmat mendengar Abil memanggil saya "Ma" "Mak" berkali-kali, dengan suara yang terang dan jelas, dengan inisiatif sendiri (tanpa prompt dan dibantu sesiapa). Syukur...




Salam 23 Syawal :)


5 comments:

Anonymous said...

Nikmat yang tak terhingga buat seorang ibu... :)

-ina-

syahida said...

alhamdulillah... :)

kent said...

Salam, kalau dilatih awal, mereka sendiri yg akan mengelak makan dan minuman manis pada waktu malam. Amal Hazim, anak saya akan makan malam sebelum pukul 8 mlm.Tiada kek, coklat, donat selepas pkl 6 ptg. Jika makan manis, dia sendiri akan minum air kosong lebih kerap.Dan dia tahu dia x blh makan junk food dan fast food. Jika dia teringin sgt, dia akan tanya dan buat keputusan sendiri sama ada nak makan @ x.Dan dr mula, kami sekeluarga akan meraikan pada setiap perkara yg dia berjaya lakukan setiap hari. In sha allah, saya akan cuba share lebih byk lg.

syahida said...

betul tu kent, saya setuju. anak syat pun sejak2 dah besar ni, jarang sangat2 makan junk food/fast food/makanan manis2..kecuali time travel, bertandang ke rumah orang, dll. Ya betul, bila berjaya buat sesuatu, memang patut beri reward (kami buat juga)..tk berkongsi :)

kent said...

Assalammualaikum syahida! Saya berterima kasih krn berkongsi cerita anak istimewa nie. Masyarakat kita masih belum terdedah dgn kes2 ini. Doktor pula bergantung dgn cerita kita setiap kali temujanji. Kita x blh menunggu krn setiap detik penting utk memahami mereka. Anak saya memasuki usia remaja, muka dah mula tumbuh jerawat dan cabaran semakin bertambah. Amal Hazim bersekolah biasa, tiada siapa peduli, dia trus leka dgn dunia dia. Kesibukan bekerja juga menghadkan tumpuan kpdnya.