Oct 1, 2014

Helo Oktober!


imej google

Allah, cepat betul Oktober menjengah. October, my happy month! :)

Kebelakangan ini, idea menulis di blog makin kering.  Sibuk sangat ke? Tak juga.  Cuma fikiran tak menentu.  Teruja + risau + kusut+ relaks, semua dalam 1.

Tinggal beberapa hari saja lagi sambutan Hari Raya Aidiladha.

Oleh kerana kami akan berada 'di luar kawasan' pada hari raya haji nanti, saya pun dah mula packing baju-baju untuk bermusafir nanti.

Ketika melihat saya menyeterika dan menggantung baju melayu, Zarif menegur...

"Baju raya tu untuk apa Ma, kan raya dah lepas?"

"Untuk raya haji lah, hari ahad nanti. Hari raya Aidiladha. Yang dah lepas tu, hari raya aidilfitri." hehe

Nampaknya kena buat story telling session tentang hari raya korban.

Sehingga itu, 'see' you when i 'see' you.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Take care!



No comments: