![]() |
| imej google Alhamdulillah. Aidiladha tiba lagi :) |
Walaupun seluruh Malaysia bercuti sempena Aidiladha ni, abang pula hadir ke pusat terapi seperti biasa. Berbezanya pada hari ini, beliau segak berbaju melayu.
Seperti yang dirancangkan, selepas solat raya dan menikmati laksa utara sebagai juadah istimewa, kami terus ambil abang dari sekolah dan menuju ke Selesa Beach Resort, Port Dickson. Kakak yang paling teruja sebab dah hampir setahun tak berkelah di tepi pantai. Tak habis-habis bertanya, "Dah sampai mana? dah sampai mana?..." Perjalanannya agak panjang kerana banyak kenderaan di lebuhraya. Adik pula tak habis-habis menyapa, "adik nak main air...adik nak main air...".
Walaupun hanya 2 hari 1 malam, cukup untuk meninggalkan kenangan manis buat anak-anak. Alhamdulillah, kini kami dah pun balik ke rumah bersama-sama kulit yang dah 'sunburn-ed'.
Kalau boleh kakak dan adik nak tinggal terus di PD. Dah main air berjam-jam pun masih tak puas lagi. Agaknya abang pun begitu juga. Masa berendam di laut, abang yang paling berani. Pandai main ombak dan tak mahu dipegang langsung, kononnya nak main sendiri. Nasib baik TukAyah pun sama-sama terjun juga, kalau tidak susah juga saya dan suami nak pantau mereka bertiga.
"Kenapa air laut masin ye mak??" soal si kakak. TukAyah pun menyampuk, "sebab semua orang kencing kat dalam laut....air kencing kan rasanya masin."Berkerut-kerut si kakak bila dengar jawapan TukAyah. "Eiiiiiiiii...geliiiiiiii" hahaha.
Seronok tengok semua orang happy. Semua seronok mandi manda di laut, kecuali adik yang lebih teruja main pasir ditemani TukMi. Adik agak takut main air, kurang exposure rasanya. Sekali-sekala, encik suami 'tangkap' juga si adik, bawa ke laut.
Puas bergelumang dengan pasir dan air masin, kami terjun pool pula. Buat membilas badan dan menghabiskan masa. Saya suka tengok abang yang berusaha mengapungkan diri di kawasan pool yang aras airnya agak tinggi. Seronok-seronok juga, tapi tak boleh leka. Sesekali saya lihat beliau 'meniru' kanak-kanak lain. Bila nampak ada yang melompat dari tebing pool, dia pun melompat juga. Bila tengok ada yang buat gaya terjun dari papan anjal, eh...dia pun ikut sama. Ini satu petanda baik, kemahiran meniru atau 'imitate' dari orang lain menunjukkan beliau memerhati keadaan di sekelilingnya. Selain, ia juga satu kemahiran penting dalam proses perkembangan oral-nya.
Secara keseluruhannya, kami puas hati dengan percutian kali ini. Walaupun di bilik hotel, abang tak henti-henti menekan suis, main di toilet dan melompat sana sini. Mood-nya baik sepanjang hari dan tiada langsung tantrum semasa di PD.

4 comments:
akakakkaa, x leh blah tang paparom jwb air laut masin tu!
anyway, 'bdak itam' mmg sinonim dgn ko sejak kecik lg ;)
kekeke...dulu kecik2 mmg nangis aa kna panggil budak itam...dah 'tua2' ni, tak kuasa den nak nangis lagi...itam itu menawan, sbb aku itam la abg iw tertawan!!kahkah...
tapi kalo ada dgr oghang panggil anak aku budak itam mmg aku belasah aa itu orang :-)
+ Bestnyer Sheeda, cuti-cuti Malaysia..... Heheheh... kalu ko itam, Nurin Iman tu kategori apa laa pulak... Wakakka... + Along +
hahaha...takpe long,bior itam luaran,janji hati PUTIH bersihhh...aku sbnornya tak berkenan label2 itam, putih ni..tp bak kata ikin, mmg dah sinonim sgt nickname budak itam tu ngan aku...sungguh kejam 'orang-orang' itu!*ter-emo plak* ;-P
Post a Comment