Sebelum tidur, biasanya saya pasangkan alunan ayat-ayat Quran. Amalan ni bermula sejak tahun lepas bila abang selalu sangat tantrum . Lalu, saya pun cuba.
Kesannya sangat baik. Alhamdulillah. Anak-anak nampaknya lebih patuh. Sekali sekala degil tu adatlah, tapi degil yang tak keterlaluan dan masih 'makan saman'. Emosi abang pun nampaknya lebih tenteram dan lebih senang dipujuk.
Sebelum ni, saya pernah baca di Berita Minggu tentang bagaimana ayat-ayat AlQuran diperdengarkan kepada ternakan lembu dan kesannya yang sangat positif ke atas produktiviti lembu-lembu tersebut. Maaf, tak ingat pula tarikh artikel tersebut ditulis.
Kesimpulannya, kalau haiwan pun boleh ditingkatkan hasil ternakannya dengan bacaan AlQuran, inikan pula kita manusia. Selalu juga diuar-uarkan bagaimana surah-surah tertentu boleh digunakan untuk melembutkan hati, mengeratkan hubungan suami isteri dan keluarga, selain merawat pelbagai jenis penyakit, yang ringan mahupun yang kronik dan juga pendinding dari segala jenis gangguan, bencana dan malapetaka.
Jom amalkan baca Quran :)
Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
~Raihan

2 comments:
Sama lah ngan adalm syida... dia paling suka zikir ustaz dzulkarnain. sblm tidor mesti kena baca dan miracle dia blh baring jek tanpa bergerak khusyuk.. dengar mamanya baca.
Abil pulak sangat suka azan.Sampaikan dalam toilet pun dia bantai laung azan....hahaha
Post a Comment