Abang masih belum berdikari sepenuhnya, masih perlu dibantu mengurus diri. Perkembangan mentalnya juga masih belum selari dengan kanak-kanak normal seusianya tapi agak memuaskan jika dibandingkan dengan kanak-kanak autistik yang sebaya. Masih banyak yang perlu dikejar.
![]() |
| dari google |
# Emosi Abang lebih stabil walaupun kadangkala dietnya tidak teratur. Dah lama tak nampak beliau marah dan mengamuk tanpa sebab yang diketahui.
Adakah kesan terapi AlQuran di waktu malam? atau terapi hydro dan sensori di Happyland saban minggu? atau beliau yang sekarang sudah lebih matang? wallahualam.
# Patuh pada arahan. Masih suka berlari melihat kenderaan, tapi tidak 'gelojoh' dan hyper seperti dulu. Dipanggil nama sekali saja, abang terus datang menerpa walaupun tak menyahut. Kalau tidak dipimpin tangannya pun, sudah boleh mengawal diri daripada berlari sini sana.
Faktor usia? Saya ada juga terbaca, tahap keaktifan anak akan reda seiring usia. Tapi, saya harap ibu-ibu jangan 'take for granted' dengan statement ni. Untuk mengurangkan hyper, ini yang saya amalkan secara konsisten; urut anak (terutama-nya di bahagian sendi-sendi) hampir setiap hari, jaga diet mereka (kurangkan yang manis, banyak MSG dan pewarna) dan pastikan anak buat aktiviti yang mengeluarkan peluh (melompat atas trampoline, melompat, berguling, berbasikal/skuter, bawa ke playground/taman dan macam-macam lagi).
# Lebih tenang dengan perubahan dan suasana baru. Tahun ni, abang lebih relaks dan 'menerima' persekitaran baru dengan agak mudah. Tahun lepas, tantrum setiap hari. Mogok makan pun selalu juga. Kali ni, semua ok.
# Rutin ke tandas yang sangat stabil. Agaknya fasa Fear Factor untuk saya dah berakhir Harap-harapnya la...). Sebelah malam pun, tak perlu dikejutkan bangun sekerap dulu. Biasanya, tak perlu kejut pun. Boleh pergi kemana-mana tandas dalam rumah, tak lagi 'rigid' dan memilih macam dulu. Masih belum pandai cebok sendiri bila buang air besar tapi saya lega dengan perkembangan yang ada ni....sangat lega.
Saya sendiri tak pasti samada ini hanya fasa sementara atau akan berterusan.
Abang juga dah mula pandai membaca sukukata; ba-ca, ma-ma, ja-la, to-to. Seronok!
![]() |
| dari google |
Nobody really cares if you are miserable,
so you might as well be happy.
~Cynthia Nelms
so you might as well be happy.
~Cynthia Nelms


2 comments:
alhamdulillah...abil dah banyak progress..seronok baca entry ini..ter"release" sat tensen aku :)))
Alhamdulillah...berkat doa semua agaknya.More progress to come insyAllah!
Post a Comment