Feb 26, 2010

Cuti Maulud

imej google

Telah Terbit bulan purnama,
Cahayanya menyinari kami..
Kau contoh akhlak terpuji,
Wajahmu penyejuk hati...



Bait-bait lagu Rasulullah Junjungan ( dendangan bersama Raihan, Brothers, NowSeeHeart dan Amaluddin) yang kakak nyanyikan sejak malam semalam. Sedap lagu ni. 

Hari ini juga genap 7 tahun umur si abang. Bertubi-tubi kami mencium beliau sejak dia bangun pagi tadi. TukMi, TukAyah, ayah, kakak, adik dan saya sendiri tak henti-henti mengucapkan 'Happy Birthday' padanya. 

Keluarga di USJ pun tak lupa mengirimkan salam peluk cium untuk hero sorang ni. Pagi-pagi lagi Maktuk dah kirim sms. Semuanya menitipkan doa dan ucapan kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk abang. Amin.




Sementara itu, di rumah, abang belajar menulis sambil menyebut ayat 'Hari ini harijadi saya', 'Umur saya 7 tahun'. Kalau setakat suruh dia sebut saja, memang dia tak layan. Diberi pen marker dan disuruh menulis, barula bersemangat dia mengikut.

Kemudian, giliran adik pulak menulis. Kakak pun join sekali. Tak sah kalau tak diberi peluang sama rata pada ketiga-tiga sekali. Ini pula hasil kerja tangan adik hari ini. Comel.


"Ni apa dik?"
Adik: Ni owang (orang)..

"Ni apa pulak dik??"
Adik: Ni jari...

Hahaha





2 comments:

keen said...

kekekke..tu jari alien tu :D

Syahida said...

antara dua, jari alien atau jari hantuuuu....haha