Jumaat lepas, saya cuba tarik abang untuk duduk bersama anak-anak tuisyen saya dalam usaha untuk melatihnya fokus dan duduk diam di dalam kelas.
Abang hanya duduk untuk lebih kurang 5 minit sahaja. Sempat juga dia siapkan 2 mukasurat pada buku latihan yang diberikan padanya. Cukup 5 minit, terus beliau bangun dan beredar.
Tips-tips pembelajaran untuk anak-anak, sekadar berkongsi pengalaman sendiri:-
- Beliau kurang selesa dengan kelas kali ni. Suasana lebih 'meriah' kali ni kerana bilangan murid yang lebih ramai (5 orang berbanding 3 orang saja dalam kelas sebelum ni).
- Tempat duduk abang yang kurang privacy ( sewaktu join kelas Tingkatan 2, beliau duduk di belakang kelas).
- Ketiadaan buku ABC kegemarannya. Saya beri abang buku lain, dengan harapan nak tukar rutinnya(bertukar angin).Gagal nampaknya. Tak apa, lain kali cuba lagi.
Tips-tips pembelajaran untuk anak-anak, sekadar berkongsi pengalaman sendiri:-
- Kenalpasti minat dan kesukaan mereka. Gunakan obsesi mereka untuk menarik perhatian dan memberi ganjaran apabila mereka mengikut arahan. Contohnya, kalau anak-anak sukakan Ben10, boleh print out kertas-kertas mewarna Ben10 yang boleh didapati secara online dan percuma.
- Tempat dan suasana pembelajaran yang selesa. Tak semestinya ada bilik khas, cukup sekadar suatu sudut istimewa dengan meja dan kerusi yang selesa serta alat-alat pembelajaran yang menarik (toys, puzzle, flash cards, buku-buku bergambar, komputer).
- Alatulis yang sesuai dan berkesan. Contohnya, abang lebih suka menggunakan pen berbanding pensel. Abang juga lebih suka mewarna dengan krayon dan bukan pensel warna. Jadi, saya biasanya berikan beliau sebatang pen dan juga krayon.
- Buat secara berkelompok. Aktiviti secara beramai-ramai pastinya lebih happening daripada aktiviti solo. Abang juga lebih mudah diajak membuat sebarang aktiviti apabila melihat kakak dan adik terlibat sama.
- Masa belajar yang pendek tetapi berterusan. Contohnya, jika fokus dan konsentrasi menjadi halangan utama, lakukan aktiviti ringkas dalam 5-10 minit, berhenti seketika , kemudian sambung kembali untuk sesi 5-10 minit yang kedua dan ketiga. Lagipun, anak-anak kecil cepat boring. Oleh itu, jangan biarkan mereka stress , akhirnya nanti kita akan 10x lebih stress daripada mereka.
- Rancang aktiviti yang ingin dilakukan. Sekurang-kurangnya cari idea tentang perkara yang ingin dilakukan/diperkenalkan kepada anak. Tak payah susah-susah, yang penting ada rough idea dan bersedia dengan bahan-bahan. Kadang-kadang idea bidan terjun pun efektif juga. Ini sangat penting khususnya untuk anak hiperaktif.
2 comments:
mokde is soo proud of abil!!!
thx mokde, keep on supporting! Abil needs it :-)
Post a Comment