Info yang saya perolehi daripada rakan blogger; AlKindi, saya tertarik dengan statement ini 'Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang'. Kenapa? sebab mereka akan terus hanyut(withdrawn) dalam 'dunia' mereka.
Anak autisme biasanya suka melakukan sesuatu aktiviti yang sama dan berulang-ulang. Sebenarnya, ini adalah antara cabaran membesarkan anak autisme. Untuk tidak membiarkan mereka mempunyai masa lapang yang terlalu banyak, ibubapa/penjaga harus sentiasa 'melayan' mereka atau membantu mereka melakukan aktiviti yang berfaedah hampir setiap masa.
Ahad lepas, saya sempat beraktiviti dengan Abil. Ini aktivitinya, masih menggunakan buku dan pensel tapi sedikit berbeza daripada biasa.
Gambar di sebelah atas adalah kerja tangan saya,
yang di sebelah bawah adalah hasil tangan Abil.
Melukis bukan kesukaan dan kekuatan Abil. Tengoklah rama-rama tu, sekali pandang cam ladybird pulak..hahaha
Ini namanya lukisan * saya dah boring, dah tak mau lukis lagi Ma.....* hehehe
Lukisan terakhir sebelum breaktime......~erk, apakah??~
Sebenarnya, buku-buku latihan untuk aktiviti sebegini banyak di pasaran. Tapi, untuk Abil, saya dapati dia lebih bekerjasama bila dilukiskan/tulis pada buku tulis berbanding menggunakan buku-buku latihan 'instant'. Jadi, saya ceduk saja lah idea daripada buku-buku.
Yang penting, objektif melatih Abil supaya fokus dan mengasah daya konsentrasi (untuk meniru) tercapai. Masa berkualiti bersama Abil tidak tamat di sini, bersambung..
Yang penting, objektif melatih Abil supaya fokus dan mengasah daya konsentrasi (untuk meniru) tercapai. Masa berkualiti bersama Abil tidak tamat di sini, bersambung..
3 comments:
wow...siput lumba tu atas wheel ape!?..hahahaha
kreatif
keen-> kalo siput pakai wheel takleh la pakai nama siput lagi...
missCrazyBeautiful-> thx tp masih lum cukup kreatif ni...kena latih dan latih lagi :-)
Post a Comment