Jun 28, 2010

Menaip di Komputer

Sejak 3-4 hari yang lepas, abang SANGAT suka menaip di komputer. Asalnya, dia tengok saya menaip. Oleh kerana dia sangat suka menulis dan 'gila'kan abjad. Dia pun sibuk nak tekan keyboard juga. Tanpa membuang masa, saya pun terus ambil sebuah laptop buruk dan letakkan bersebelahan dengan komputer saya, supaya dia boleh menaip di komputernya sendiri dan saya boleh bekerja dengan aman.

Hari Pertama


Excited menekan keyboard. Menaip dengan satu jari, sangat lambat sebab masih belum familiar dengan kedudukan huruf-huruf. Masih belum boleh mengawal jari-jarinya dengan baik. Tengoklah tu, macam-macam huruf keluar. Diajar menaip namanya tapi tidak mahu mengikut. Tak mahu menerima arahan dan 'menepis' setiap kali saya cuba menunjuk kedudukan huruf dan mengajar cara menaip yang betul.

Hari Kedua


Lebih 'fleksibel' kali ini. Boleh mengikut tunjuk ajar apabila disuruh menekan untuk menjarakkan setiap perkataan. Abang juga mula menaip perkataan-perkataan yang diketahuinya. Perkataan kegemaran; 'yacht' dan 'coklat'. Dua perkataan ini, ditaipnya berulang-ulang kali.


Ini baju saya, Saya suka makan coklat, Saya suka makan aiskrim ~oleh saya.
Yang selebihnya, idea dan hasil tangan Abil.

Hari Ketiga

Oleh kerana sudah 'serasi' dengan laptop-nya, abang sekarang menaip dengan kedua-dua belah tangannya, kiri dan kanan. Ada bagusnya juga, 'senaman' yang baik untuk otak. Untuk kelainan, saya beri buku untuk abang menaip perkataan-perkataan yang ada di dalamnya. Beliau beri respon yang baik,  menaip berdasarkan buku. Tapi, selepas 5 minit, dia mula 'merapu' hahaha.





4 comments:

FrauMustaffa said...

terasa sangat bangga dengan Abil :))))

keen said...

dimanakah lg 2 hobbits di kala abil main laptop??? tidak jeles kah mereka???..huhu

Nur said...

wow...
terror abil...
bangga2... muahhhh.. ;)

Syahida said...

mimot/nur-> thank you very2 much...a small progress which means the WORLD to me. harap2 akan terus maju lagi :-)
keen-> hobbit2 yang lain tengah leka main. tak pulak jeles bila tgk aku snap gmbar abil bagai, dah 'lali' agaknya..hehe