Jun 24, 2010

Naik Motosikal

Sebelum ni anak-anak saya dah merasa naik keretapi. Naik motosikal?? Memang tak pernah. Setakat duduk atas motosikal (yang sedang parking) je pernah. hehe

Pengalaman pertama anak-anak saya, bersama Pakcik MN.


Thank you Pakcik. First time enjin motosikal dihidupkan, abang dan adik diajak naik, terus abang cabut lari. Laa...selama ni ingatkan berani sangat nak naik motor, rupa-rupanya takut! 

Adik pula, bila disuruh naik sekali, "Adik tak nak, adik takut" .Kakak memang pantang dipelawa, terus meloncat naik motor. Bila kakak dah duduk, saya pun cuba pujuk abang dan dukung perlahan-lahan ke motor. OK, dia nak duduk. Bila tengok abang dah duduk, adik pun terus teruja dan melompat sama. Tempat duduk adik first class, dalam bakul.hehe




Pesanan khidmat masyarakat: Jangan lupa pakai helmet ya :)

Serikkah anak-anak ini naik motor??
Mestilah tak. hehehe



No comments: