Sep 24, 2010

Bila abang berhari raya


Raya kali ini, abang sudah banyak berubah berbanding dulu.

Alhamdulillah, beliau sedikit 'matang' tahun ni. Lebih mendengar kata, mood yang agak baik, tiada adegan protes di rumah saudara mara walaupun masih lebih banyak menyendiri.

Bila dihulur duit raya, pada awalnya, dia tak faham. Kemudian, saya tunjukkan poket dan ajarnya masukkan sendiri duit ke poket baju. Selepas 5-6 kali dilatih, akhirnya saya lihat dia masukkan sampul duit ke poketnya dengan inisiatif sendiri. Ia tidak berlaku setiap kali. Mungkin ada masanya dia terlupa. Masih belum 'lekat' di kepalanya.


Hari-hari awal di kampung, rutin tandasnya sedikit terganggu. Mungkin kerana suasana dan tempat baru. Mujur ia kembali normal dalam masa 2 hari.

Main bunga api? Sekarang dah pandai. Dah masuk tahun kedua abang kenal bunga api. Tahun ni, tak perlu lagi kami pegang tangannya. Dia juga dah faham bahaya api. Beliau nampak lebih berhati-hati. Sekali sekala ada juga dia menghalakan bunga apinya pada orang lain. Bila orang lain mengelak dan terjerit-jerit, dia ketawa suka hati. Alamak, dia nak bergurau la pulak. Tapi, 5-6 kali ditegur, akhirnya dia faham dan tak buat lagi.


gambar google


Seperti biasa, kuih raya kegemarannya, London Almond.  Ya, sebab ia bersalut coklat. Beliau hanya akan makan lapisan coklat di luar biskut, kacang almond akan dibiarkan saja atau dimasukkan balik dalam bekas kuih. Allah..malu mak. Bila nampak balang biskut London Almond, rasa macam nak tolong sorokkan je.Dia memang suka sebarang biskut yang ada lapisan coklat, chocolate rice dan yang sewaktu dengannya.

Oh ya, dah boleh pakai songkok. Tapi, tiada gambar bersongkok di sini. Memang sengaja saya tak belikan songkok. Dulu, langsung tak boleh pakaikan topi/kopiah/songkok di atas kepalanya. Bahagian kepalanya SANGAT sensitif dan tak boleh diusik langsung. Sekarang tidak lagi. Yeay!! Kadang-kadang, bila dipakaikan, automatik dia mencari cermin untuk tengok dirinya.


Satu lagi, sampingnya juga dah 'lekat' di pinggang. Handsome je sepanjang berkunjung raya hinggalah balik ke rumah atuk.

Bab bersosial pula, beliau dah pandai mengikut rentak kawan-kawan yang lain. Dia sentiasa cuba berada dalam kelompok rakan-rakan sebaya. Saya nampak dia 'mencuba' dan saya tersenyum lega. Abang dah pandai 'berusaha' untuk bergaul. Masih jauh, tapi dia sudah memulakan langkahnya.

Selebihnya, anak-anak bahagia di kampung. Tanpa air-cond, tanpa water heater, tanpa tilam empuk tapi bebas main sana sini, tengok sawah padi dan makan lauk pauk kampung yang fresh. Bahagia.



6 comments:

keen said...

yay...hrpnyer nxt week tu turn mokde lak jdk 'jutawan' ye abil :D

Syahida said...

mokde, jangan takut...Abil tak makan orang.hehehehehe

Azma said...

banyak perkembangan yg +ve pada abil. mesti syida gembira. smg terus2an jd jutawan ye..

Syahida said...

Azma, perubahan yang sedikit tapi BESAR nilainya. memang seronok jadi 'jutawan'..hehe

ICAZIESYIRA said...

tema warna merah, sama dengan keluarga kami this year. :D

Syahida said...

ica, ye ker? kebetulan pulak ek...hehe