Sep 21, 2010

Kisah Bukit Merah (episod 2)

imej google


Kali kedua ke Bukit Merah Laketown Resort. Semasa kunjungan pertama, kami tak sempat khatam keseluruhan taman. Kali ini, anak-anak saya betul-betul melepas gian enjoy di Taman Tema Air, AgroPark dan Pulau Orang Utan.

Banyak betul 'drama' yang berlaku dalam episod 2. Dipendekkan cerita, babak pertama, perut kakak memulas semasa sesi mandi manda sehingga berlaku 'kemalangan ngeri'. Kemalangan yang 'kecil' tetapi cukup busuk baunya mengerikan..haha. Tiada yang  cedera atau 'terkorban' dalam insiden ini.Cuma 'tercedera' hidung je akibat 'letusan gunung berapi' di dalam perut kakak. haha

Babak kedua, abang 'hilang' beberapa minit. Minit-minit yang cukup 'melemaskan' saya walaupun singkat tempohnya. Hanya kerana encik suami beredar sekejap, meninggalkan abang  di bawah pengawasan TukAyah,  tau-tau beliau dah hilang.

Saya yang memerhati dari tepi (kawasan kolam) sempat melihat bagaimana abang 'memecut' untuk pergi ke kawasan lain di dalam Taman Tema Air. Sementara TukAyah berjalan menuju ke arah Abil, saya masih tak lekang memerhatikannya. Saya tak mampu mengejar kerana adik bersama saya.

Akhirnya, saya tinggalkan adik bersama TukMi dan terus pergi mendapatkan abang yang dah semakin jauh berlari meninggalkan lokasi kami. Mujurlah saya berjaya mengesannya.


gambar google


Babak ketiga, saya terpaksa naik chair lift. Saya gayat pada tempat tinggi. Cuba juga mencari alasan untuk mengelak daripada naik chair lift tapi akhirnya terpaksa mengalah dengan permintaan adik yang tak mahu naik dengan orang lain selain saya atau kakaknya. Takkan nak biarkan pula adik naik berdua dengan kakak (sangat tidak selamat untuk dua orang budak di bawah umur). Kesimpulannya, saya 'mati keras' atas chair lift sementara adik duduk dengan penuh rilek sekali.

Anak-anak saya sangat puas hati dengan lawatan episod 2 ni. Mereka sempat bagi makan haiwan di AgroPark dan seronok naik bot ke Pulau Orang Utan. Paling seronok bila naik bot, pakai safety vest.hihi

Kakak sibuk nak pergi Bukit Merah lagi. Dia nak tengok anak rupa dan keadaan anak orang utan yang sebaya dengannya (9 tahun) beberapa bulan/tahun dari sekarang. haha






4 comments:

mina said...

Syida,

Wow seronoknya...nanti kita pakat sama2 joint the trip ya..:)

Azma said...

memang best ye gi Bukit Merah ni ye? Saya selalu pening nak cari tmpat baru tuk jalan2. Boleh cdg kay Mr Hubby la pas ni..

Syahida said...

Makcik,
doa2la hajat kita nak holiday sama2 tercapai..

Syahida said...

Azma, cuba la ke sana...saya dah pergi 2x.setakat ni, memang puas hati :)