Mengenali anak autisme. Susah, tapi tak mustahil. Tidak ada dua individu autisme yang serupa walaupun nampak sama. 'Sama', mungkin dari aspek suka menyendiri dan tidak gemar bersosial. Tapi, setiap inividu autisme mempunyai ciri-ciri autisme yang agak berlainan di antara satu sama lain.
Rupa paras mereka kelihatan 'normal'. Mungkin ada segelintir yang kelihatan agak unik dan berbeza (terutamanya yang mempunyai ciri autisme kronik-severe) tapi ramai orang hanya sedar dan tahu apabila diberitahu. Sesetengahnya mungkin akan perasan apabila memerhatikan gelagat anak ini untuk satu jangkamasa tertentu.
Yang anda perlu tahu, walaupun keupayaan lisan mereka agak terhad. Mereka faham hampir 100% apa yang anda perkatakan. Kalaupun mereka tak dapat 'menangkap' percakapan anda, mereka boleh 'membaca' aura anda terhadap mereka. Kalau anda 'takut-takut' atau mempunyai rasa negatif tatkala berdepan dengan mereka, biasanya mereka akan 'merasainya' juga dan akan menunjukkan tindakbalas yang seiring dengan persepsi anda.
Kebanyakan mereka mungkin tidak menyahut panggilan anda atau tidak melihat wajah anda ketika anda bercakap dengan mereka. Mereka boleh mendengar dan mereka bukan sombong. Walaupun tidak menyahut, mereka tetap akan respon dengan menghampiri anda jika dipanggil dengan baik. Juga, bila berbual, elakkan bertanya soalan, mereka sukar menjawab. Bercakaplah dengan jelas dan terang. Ayat yang ringkas dan tidak meleret. Nada yang perlahan tapi jelas.
Oh ya, bila melihat mereka melepaskan perasaan (tantrum), mungkin ada sesuatu yang 'mengganggu' anak ini tetapi mereka sukar menyampaikan mesej kepada orang di sekeliling. Jangan cepat melabel yang bukan-bukan kepada anak ini atau kedua ibubapanya. Kalau dilihat anak itu mula mencederakan diri, asingkan mereka dari khalayak dan pegang anggota badan yang terlibat supaya mereka tidak terus-terusan menyakitkan diri mereka. Ganas dan agresif tidak ada dalam kamus hidup mereka, yang ada mungkin ketidakseimbangan sensori dan masalah komunikasi.
Perbuatan mencederakan diri sendiri biasanya bersebab. Sistem saraf mereka yang berlainan daripada kita menyebabkan mereka mungkin berasa 'sakit' atau kurang selesa dan ini merangsang mereka untuk melakukan sesuatu yang nampak kasar/keterlaluan(di mata kita) tetapi sebenarnya, untuk 'melegakan' diri mereka.
Anda confused?
Anak-anak ini lebih confused daripada anda. Kita melihat mereka sebagai 'pelik'. Mereka tengok kita pun, 2 x 5. Bukan senang memahami individu autisme, saya sendiri mengambil masa bertahun-tahun dan menganggap diri saya masih seorang 'amatur' dalam bab autisme ini.
Alihkan pandangan tajam dan sinis anda. Pandanglah mereka dengan empati. Cuba letakkan diri anda dalam posisi mereka, tidak boleh mengekspresi diri serta tidak mampu mengawal sesetengah organ sensori.
Apapun, yang penting, selalulah bersangka baik. Mereka juga macam kita; mahu diterima, mahu disayangi, mahu dihormati.

17 comments:
anak2 autisme juga ada yg mempunyai IQ yg baik.
betul tu ieda. autisme atau tidak...semuanya istimewa.masing2 ada potensi.masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
noted. ayesha juga dah faham saya, beberapa perkataan yang ica guna dia memang faham. rutin harian yang dah biasa, dia faham juga. yeay!
x kenal maka x cinta..:))
ica, memang mereka faham & peka dengan kebanyakan benda walaupun nampak blur. tapi kadang2 mereka lambat respons sbb mereka ambil masa untuk 'proses' info dan bertindakbalas. utk memudahkan mereka, gunakan ayat-ayat ringkas dan jelas semasa berkomunikasi.
tumpang suka juga dengan perkembangan ayesha :)
keen, tepat sekali :)
memang betulla kak syida. dzariff pun sama. dia memang sangat faham apa yang orang cakap, cuma nak balas balik..hihi..problem betul bahasa nih!!
hehe Dila, kadang2 memang geramm..macam Abil, nak menyebut takde masalah, perfect.tak pelat langsung cuma macam beraaaattt je nak keluar..agaknya saraf2 otak bahagian pertuturan tu yang tak berfungsi sepenuhnya.Wallahualam. kita usahakan jelah mana yang patut ye dik :)
salam syida,
lama beri komen...mmg betul sgt...smmgnya mereka xperlukan simpati kita..tp empatilah dgn mereka...itu lebih patut n layak utk mereka dpt...layanilah mereka seadilnya...bkn brmakna sama rata dgn ank normal lain, krn ada masanya mereka perlukan lebih perhatian. adil di sini meletakkan perhatian,kasih syg, didikan di tmpat yg betul, masa yg sesuai, n berpatutan dgn keupayaan mereka.hmmm berbelit2 sgguh kata2 CS kn?bkn apa, ia sbnrnya sukar nk diterjemah dgn kata2..tp leibh mudah diterjemah dgn perlakuan...hmmm smoga diberi kekuatan ya Syida...ank isitimewa, utk ibu istimewa. n guru istimewa [heheheheh...nk tumpang jg istimewa&ksih syg ank2 ni...tnpa diorg,siapalah CS]
salam CS, lama tak 'nampak'. mmg berbelit2 tapi saya sangat faham dan sangat setuju dengan mesej yang cuba CS sampaikan...hidup guru istimewa! :)
nak nyampuk jugakla...cikgu sue ngajar sekolah mana? hihi..mencari calon-calon guru pendidikan khas yang sesuai ni...ala-ala macam carik calon menantu pulak
salam,
hehehehe...syida sbnrnya CS ada je drop by kat sini...cuma maleh nk menaip komen...blog sndiri pon kdg malas...hihihihi...
hmmm d yg berminat ke? ala CS dh ada MIL...hihihihi...dila CS mengajar kat s'ngor...skolah kecik jer..cm ckgunya je suka berjiwa besar..hihihihi...gurau jer... :)
CS, sekolah kecik takpe...jiwa besar tu yang saya suka..
malas taip komen takpe..janji selalu singgah..hehe
betul tu syida.. some m'sian..hmm i can say somehow tak supportive..*sigh*
Maya,Msians are soooo...NOT civic-minded. autism awareness pun sangat kurang...nak buat camana kan?! *sigh*
selangor ke cikgu sue...haih!!
tgh pikir2 kalaula si dzariff kena masuk pendidikan khas, sekolah mana nak masuk ni. Pegawai kat PPDJB sarankan msk Pendidikan Khas SK Taman Perling. CVC and OT kata we are going to prepare him for mainstream...apa-apa pun ada 2 tahun lagi...chaiyokk dzariff..gambate!!
Post a Comment