Secara teorinya, sesi belajar menjadi therapist sudah selesai minggu lepas. Ya, sesinya cuma 2 x sabtu. Selepas ini ada sesi Home Visit. Selain itu, sesi perjumpaan (Parent Meeting) juga akan menyusul sebulan sekali hingga Januari 2011. Itulah istimewanya program ini. Bukan setakat belajar teori. Perlaksanaan teori juga diteliti dan mesti dikuasai.
Sebelum ini, saya hanya buat sesi 15 minit untuk warm up dan praktis apa yang patut. Minggu ini, sasaran saya ialah 30 minit. Saya sediakan bahan-bahan yang sesuai.
Untuk permulaan, hanya sesi bermain. Orang putih kata, build rapport. Bila anak gembira bermain dengan ibubapa, mereka lebih mendengar kata. Mereka lebih mudah belajar. Mereka akan bersikap lebih positif dan terbuka.
Objektif kedua, melatih anak mendengar arahan. Setiap kali mereka ikut arahan, kita bagi reward. Ganjaran samada dalam bentuk makanan kesukaan (contoh; coklat yang dipotong kecil-kecil. Setiap kali hanya bahagian kecil diberikan) atau mainan kegemaran (diberi hanya pada sesi terapi, supaya peluang bermain ditunggu-tunggu dan dihargai).
Untuk Abil pula, sasaran saya ialah untuk meningkatkan daya fokusnya. Bermain memang nampak remeh dan mudah. Dia tidak akan bermain sendiri kecuali saya tarik dan ajak dia main bersama. Kemudian, untuk setiap jenis permainan, biasanya hanya 1-3 minit fokus diberikan.
12 comments:
aksi kangkang tu yg plg 'mahal'...hahahah
Kagum!
Memang anak2 autisme ni perlukan ibu yg sentiasa kat rumah kan? Saya tak dapat bayangkan mcm mana ibu2 yg perlu keluar bekerja sepenuh masa mcm saya ni, cope dan bimbing anak2 autisme.
Tapi kalau memang perlu, pandai2 lah sesuaikan diri kan? Allah akan tunjukkan 'jalannya' jugak kan? Yatie memg kagum dgn syahida...
bagusnya syida..buleh praktik kat hasif ni..
keen, kangkang pun kangkang la..janji selesa :)
Yatie, saya pun terkial2 sbnarnya walaupun keje dari rumah aje.
bila jadi ibubapa, ada 2 pilihan sebenarnya..samada sendiri jadi therapist, atau kerja & upah therapist untuk ajar anak.
kat JB ni, susahhhh benar nak cari therapist. yg ada di hosp kerajaan sangat panjang waiting listnya. terapi kna buat kerap dan konsisten baru nampak kesannya.
sbb tulah saya sanggup melabur utk belajar. jangkamasa panjang, lebih jimat dan berbaloi2 insyAllah.
Azma, seronok tau..hasif masih kecil, lagi seronok layan main. Macam Abil dah besar, kena kreatif pilih toys dan pelbagaikan teknik.
nanti lain kali, saya selitkan tips lagi.
dah lama x jenguk abil... dah besar dah abil yer... :)
Besar pahalanya ibu byk berkorban harta, masa n tenaga utk anak sendiri...MasyaAllah...gagahnya ibu...!
PPKI SKTBR1-> salam...lama tak 'nampak' :-)
A&A-> saya sedang berusaha menggagahkan diri. Mudah2an usaha saya berbaloi2 :-)
salute dgn awak syida..kagum..impressed..sume adelaa.. one day we meet nak?
tenkiu auntie maya.tp sebenarnya terkial2 lagi ni...lum hebat lagi..huhu.
ye la kan, bila nak jumpa ni? nanti2 bila lapang2 kita usahakan insyAllah
Post a Comment