Selain playtime, kami juga diajar program-program lain untuk diselitkan sepanjang waktu bersama anak-anak.
ok. Klip menunjukkan bagaimana Abil belajar untuk respon apabila dipanggil. Nama program 'Come Here'. Tiada panggilan nama digunakan. Untuk permulaan, cuma sebut 'Come Here'. Untuk Abil, saya gunakan 'Mari Sini..' (perhatian: kami diingatkan supaya menggunakan bahasa yang biasa digunakan di rumah). Jarak panggilan bermula dengan hanya 2-3 tapak saja. Bila dah ada asas, barulah jarak panggilan meningkat sedikit demi sedikit. Kemudian, latihan juga dibuat dalam playroom dulu. Bila mereka dah faham arahan 'Mari Sini..', boleh dipraktikkan di mana-mana, pada bila-bila masa.
oh ya, setiap kali mereka berjaya respon (walaupun dengan bantuan), harus lah beri mereka reward. Nak bagi apa? Bergantung kepada kegemaran anak. Abil sangat suka dibuai, jadi kami 'hadiahkan' setiap kali dia respon.
Klik video di bawah!*siapa tak tengok, rugi.hehe
12 comments:
saya tak yah pegi google macam mana nak cari idea terapi untuk ayesha. datang sini je info padat :D
time kasih kak..
mmg itulah tujuannya..mana yg boleh dikongsi, akak kongsi..
kalau boleh jumpa akak regularly and belajar terus lagi baik.. :)
sama-sama...
Alhamdulillah,sebak dan seronok te-ngok Abil beri respon yang baik.Mudah-mudahan Abil terus bertambah normal,insAllah,dan segala usaha mak & ayahnya sentiasa diberkati & dirahmati Allah s.w.t Amiin.
alhamdulillah..berkat kesabaran & usaha syida & hsbnd.. i'm sure there're lots of things to explore with him kan..mcm u know like everyday bangun tidur, ade sthing nak buat with him & it rewards you!! go syida go!!!:D
Anonymous-> InSyAllah...usaha tangga kejayaan. Mudah2an Abil terus tunjuk perkembangan positif Amin.
Maya-> memang BANYAK lagi nak kejar. BANYAK lagi nak explore...kalau ikut hati, semua nak buat sekarang..haha...takpe,takpe, sabarrr.one at a time, betul tak? :)
wahhhh...yang kategori mari sini ni belum try lagi. tapi reward takleh pakai buai tu...comfirm! nanti patah pinggang mama ngan papa. mama dzariff, sila la pikir reward lain yek
+ Hehehehe, tergelak aku tengok Sheeda. Sukanyer Abil. Nurin tanya, diorang buat apa tu ibu.....
Aku : Main2 ngan ibu & daddy dia.... Nurin : Nak main macam tu jugak...!!! Hehehhe... + Along +
ada gak cuba buat aktiviti yang hampir sama macam ni kat anak saya Hariz, tapi dia cepat realize yang kita nak buat 'terapi' kat dia, jadi dia banyak mengelak...
Along-> Apalagiii...main2 la dengan kakak Nurin tu..hehe *ooo..gelakkan aku eh? ciss kau ;p
ZT->mmg ada anak autisme yang macam tu..kadang2 yang tak selesa dirakam pun ada. Abil pun awalnya agak janggal juga. klip tu lepas beberapa percubaan..tu yang nmpak cam best tu..hehe
mama dzarif-> dipersilakan fikir reward lain ye, sebelum insiden patah pinggang berlaku nanti mak gak yang susahhhh...haha.
buleh bagi mcm2, asalkan dia suka. ada yang upah coklat/gula2/cookie(potong kecik2),ada yang upah favourite toys..ikut la mana yg sesuai :)
Post a Comment