Dah hampir 2 bulan saya buat sesi bermain secara konsisten bersama Abil.
Sebelum dan semasa menjalankan sesi, yang bertindak sebagai therapist mesti menyenaraikan objektif mereka. Biasanya untuk kebanyakan aktiviti, objektif saya ialah untuk meningkatkan fokus dan daya tumpuan Abil, selain menggalakkan Abil bercakap dengan cara meminta (request), mengira dan kadang-kadang, menyanyi.
Sekarang ni, saya lebih banyak selitkan aktiviti mewarna, melukis dan kraf.
Yang ini menggunakan set stensil gambar 'Tom & Jerry'. Dia sangat suka stensil sebegini. Yang saya beli ada 6 keping dalam setiap set. Abil buat tanpa henti. Agaknya kalau ada 10-20 keping pun, dia boleh layan.
Lepas main, simpan. Abil SANGAT bagus bab simpan menyimpan semula mainan.
Full mark untuk Abil.
Sekian, bersambung.
Full mark untuk Abil.
Sekian, bersambung.
No comments:
Post a Comment