Dec 1, 2010

Sayang


Adegan 1

Di suatu petang, saya sedang mandikan abang, adik pula leka memerhati dari luar bilik air.

"Mak sayang abang je ke?"
"Takdelah. Mak sayang semua"....kenapa adik tanya macam tu?
"Adik nampak macam sayang adik sikit je..."



Adegan 2

Selepas selesai sesi terapi bersama saya, adik datang menghampiri saya.

"Adik pun nak jadi autistik jugak lah..."
"Kenapa pulak? adik tau tak autistik tu apa?"
"Adik nak jadi macam abang, best....boleh main macam-macam, dapat macam-macam..."
"Apa yang abang dapat kan adik pun dapat juga.Kalau boleh, abang yang nak jadi macam adik."

Ayat-ayat di atas adalah luahan hati si adik, yang baru berumur 4 tahun. Pada umur 4 tahun, dia dah 'tahu' tentang autisme. Kefahamannya mungkin masih cetek, tapi bila mendengar perkataan itu, dia akan 'ingat' abangnya.


Skrip-skrip di atas adalah 'wake up call' untuk saya
.

Dari segi teori, bersikap adil terhadap anak-anak nampak mudah. Bagaimanapun, apabila ia melibatkan seorang anak istimewa, 'adil' menjadi sesuatu yang agak mustahil dan sukar. Definisi adil itu sebenarnya sangat subjektif. Bersikap adil ialah apabila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya.Yang pasti, autisme ataupun tidak, anak-anak tidak boleh diabaikan.

Saya cukup risau jika ada di kalangan anak-anak yang rasa tersisih. Rasa tersisih dan diabaikan boleh menimbulkan dendam. Rasa sakit hati seorang anak kecil, kalau tidak 'dirawat', boleh jadi masalah kronik bila dewasa nanti.

Bagi saya, tanggungjawab untuk berlaku adil kepada anak-anak biasanya mengerah fizikal dan mental saya. Bagaimanapun, saya bersyukur anak-anak diberi kemampuan mengekspresi diri. Setakat ini, kalau mereka tak puas hati, automatik ianya akan lahir pada kata-kata dan perlakuan mereka. Dulu, saya mengeluh juga. Sekarang, saya lebih terbuka. 

Anak-anak sebenarnya mudah dipujuk. Mereka sebenarnya faham dan boleh menerima rasional sekiranya diterangkan dengan kerap dan baik. Yang pasti, sekali sekala menghabiskan masa bersama mereka adalah 'ubatnya'.


8 comments:

ja amran said...

lama bercuti ya...ehehhe...

aku setuju, anak2 kdg2 susah nak bgtau dia terasa ke, rasa tersisih ke, ada yg jenis pandai meluahkan. ada yg jenis pendam. ada jugak yg tak tau apa jadik sebenarnya tp dia rasa tak best.
and effect mmg akan nampak bila dah dewasa --just like you said.

keen said...

dont b sad adik jar..u gonna b juz fine..its cute to know that jar feel dat way..surely adik jar n kak dina can be a very good model to others!!!

Syahida said...

MekJa, jenis pendam paling bahaya kot..makan dalam. harap2 anak2 kita tak macam tu la..lebih baik dorang luahkan.at least kita tahu and boleh buat sesuatu, betul tak?

Syahida said...

keen, ko mmg ler cakap skrip dia tu chomel...tapi aku yang ibu ni, cam nak nangis pun ada, cam nak jerit pun ada...huhu. tak bermaksud pun macam tu, tapi itu yang dorang interpret so, kna selalu spend time dengan adik Zar and kak Dina jugak...haih..

Zuraini bt Zainal said...

susahkan jadi IBU nie...selalu rasa cam tak layak je..
even anak normal pun (alahamdulillah) terasa juga beratnyer bagi org yg tak sabar seperti saya.. U so strong la syida...

Syahida said...

alahai Ani, memang SUSAH....macamana ibu2 kita dulu ek? bagusnya dorang..takdelah strong sangat pun...sekali sekala 'strong' pun terbanggg huhuhu

hunny ida said...

baru membaca catatan akak nie..memang anak sulung ida selalu berbunyi mengapa ida seakan lebihkan perhatian kat adik dia..memang ya..adik dia perlukan perhatian jika x akan memudaratkan diri..perilaku dia kadangkala menyebabkan ida terkesima..namun terasa bersalah sebab terkurang perhatian buat si abang..adakah ida x mampu lakukan?adil kpd 2 org anak?sebenarnya ini yg ida risaukan bila nak menambah anak even dr 1 ke 2..ambil masa 5thn..ingat adik senang dijaga cm abg namun Allah yg menentukan..dugaan buat ida sekeluarga..

Syahida Yep said...

ida, kita kna selalu terangkan pd anak situasi adik beradiknya yg perlukan lebih perhatian tu. insyAllah lama2 mrka akan faham. tapi pd masa yg sama, kna juga curi2 masa untuk bersama dgn anak2 lain. tak ada orang yg tidak diduga, cua dugaan masing2 berbeza. sentiasa pandang dr sudut positif insyAllah kita akan rasa lebih tenang dan senang :)