Sesi saya bersama abang.
Dalam sesi bermain, ada juga sesi 'belajar' (tabletime). Saya pernah sebut sebelum ini, katakan dalam satu sesi 1 jam, mungkin ada 4 sesi bermain dan 4 sesi tabletime yang berjalan secara bergilir-gilir, setiap 5-10 minit. Sesi 'belajar' pun sebenarnya bukanlah belajar cara konvensional. Buat masa sekarang, abang masih diterapkan dengan kemahiran meniru, memberi tumpuan dan fokus, serta menajamkan sensori melihat dan mendengar melalui teknik-teknik yang telah saya pelajari bersama ANDI Initiative. Kadang-kadang ada juga saya selitkan sedikit pengisian akademik.

Semasa playtime, abang (atau anak yang terlibat) bebas melakukan aktiviti yang mereka suka. Bermain dengan alat permainan, menyanyi, membelek buku atau lain-lain aktiviti interaktif. Kiranya ini adalah 'waktu rehat' dalam sesi terapi.
Untuk abang (yang dah nak masuk 8 tahun), kadang-kadang permainan bukan satu tarikan. Jadi, saya suka selitkan aktiviti arts and craft sebab dia suka menggunting dan menampal. Saya buat yang simple saja.

Sambil suka-suka, sambil praktis kemahiran menggunting.Nampaknya semakin baik.
set gunting (dengan mata gunting pelbagai corak) yang saya beli pada harga RM10.

bersemangat menampal
guna magic colour pulak
Hasilnya.Tak ada tema. Aktiviti tampal +gunting+conteng. Sesuka hati.
Objektif: belajar fokus dan meningkatkan saya tumpuan (attention span)
30 minit pun dia boleh duduk berterusan, kalau diberi gunting dan gam ;)

Nama aktiviti: File Folder
Aktiviti matching. Kertas kerja (hanya sehelai pada satu-satu masa) diselitkan ke dalam fail. Saya hanya jadi 'pemerhati'.
Segalanya dilakukan sendiri, membuka fail, membuat tugasan, menutup dan
menyerahkan fail kembali.
Objektif: melatih menyiapkan tugasan secara berdikari

Menggunakan cat warna dan krayon (secara bebas).Kegemaran anak-anak saya.
oh ya, adik tak mahu ketinggalan. "Ini gambar monster" katanya.
6 comments:
memang kreatif ibu abil ni.. suka saya tengok.. teruskan usaha ye!!
beli kat mana gunting2 dgn harga rm10 tu? murahnyee.. kat sini rm10 dpt la 2 bilah, x pun 1 1/2 bilah..hehe..
Azma, tak kreatif mana pun,semua idea 'redah aje'...hehe.gunting tu saya beli masa sale Kedai Buku Popular..harga biasa dalam RM20. mmg berbaloi2 :)
aku suka set gunting tu...ehehe
aku rasa abil ni ada ciri2 kreatif, atleast dia leh express thru arts craft tu kan..
marbeles!
ja, mmg best gunting2 tu...syiok pakai *mak pulak yg over hehe
mmg intention buat arts & craft utk stimulate creativity dia. hopefully berhasil :)
bagusnyer kak, sgt bersgguh dn kreatif...akak patut jadi guru utk ramai lgi kanak2 mcm abil, mesti ramai yg dapat manfaat...:)
farah->hehe..mana de..tak cukup bagus lagi dek.idea bidan terjun je semua tu...huhu. InsyAllah..insyAllah..doakan ye! hasrat tu mmg ada...mudah2an makbul.Amin
Post a Comment