Sebelum ini, cukup susah mendengar abang memanggil ahli keluarga dengan gelaran masing-masing. Saya sendiri tidak pernah mendengar dia menyebut "Mak" atau "ma".
Sekarang, beliau dah mula kenal siapa 'Tuk Ayah', 'Tuk Mi', 'Tuk Bak' dan 'Mak Tuk'. Perkataan 'kakak' dan 'adik' pun dah semakin kerap disebut.
Sejak bila? Bagaimana? Sejak saya mula menggunakan gambar-gambar untuk memperkenalkan setiap ahli keluarga.
Saya pernah diberitahu bahawa cara terbaik untuk memperkenalkan individu ialah melalui gambar. Anak autisme akan lebih cepat faham.
Bila saya belajar tentang asas ABA dengan Andi Initiative, barulah saya dapat gambaran lebih jelas bagaimana untuk mengajar abang dengan gambar-gambar ini.
Sekarang, kami semua cukup SERONOK bila dengar abang menyebut nama panggilan masing-masing. Senyum sampai ke telinga. Bila dia duduk sorang-sorang, sambil tengok gambar-gambar, dia juga akan sebut gambar-gambar yang sudah dikenalinya. Yeay
Tak apa, dalam masa beberapa hari lagi, saya rasa abang dah boleh kenal kesemuanya. Paling manis, dia sudah panggil saya 'Ma' atau 'Mak'.

Gambar sepupu-sepupu abang (ketika entri ditulis)
Yang terbaik ialah tunjukkan gambar 'solo', bukan gambar ramai-ramai. Kemudian, hanya selepas anak betul-betul kenal dengan seorang individu, barulah diperkenalkan yang lain secara berperingkat. Saya buat dalam bentuk flash card. Cari gambar, crop, cuci dan laminate (untuk tahan lama).
13 comments:
clapclapclap!!!penuh perasaan ku menepuk tangan nih.
congrats abil, congrats syida. semoga tak jemu2 meneroka, mencari yg terbaik buat mereka.
(airan)
thanx airan. memang tak boleh jemu, tapi kadang2 penat gak (ke, buat2 penat..haha) Alhamdulillah, suka & bangga dgn progress Abil :)
+ Huhuhuhu... Cayalah Abil....Ye lah.. bila kita berGURU nie, banyak menda baru yang kita belajar... Xde laa dapat ajaran sesat... + Along +
Along, bila berguru, disiplin pun lebeh sket..kalau harap self-discipline aku ni, jawabnya sampai sudah abil tak kenal family sendiri..hehe
Owhh..saya baru tau yg anak2 autisme susah nak kenal/ingat orang ye? Atau susah nak sebut nama orang yang dia kenal? Sorry lah.....saya memang tak tau ni.
bukan yatie, dorang takde masalah nak kenal. cuma cara dorang belajar biasanya lebih mudah melalui gambar sbb dorang sangat 'visual'. kalau melalui perkataan semata-mata, kefahaman tu lmbat sket nak 'sampai' atau dorang mudah confused.
pdn ar abil kena mokde die, sbb amek gmbo yg terplg cun! ahahahahha
keen, piiiiiiiraaahhhhhhh ;p
muahahahhaa..btw, ko tertinggal sorg adik abil ar...cik esah :D
owh...yang itu 'di belakang tabir' :)
abil knal muka kokde, sbb dia tgk kokde sama autis juga...
time kasih abil!
aunty ica akan start untuk ayesha.
ok kena ambil gambar banyak2
tapi sebenarnya aunty masih tunggu ayesha sebut "ma"
aunty ica, start la dengan gambar, insyAllah panggilan tu akan 'keluar'..hehe
Post a Comment