Dah hampir 5 bulan ber-sesi bersama Abil secara konsisten di rumah. Banyak juga RM, tenaga dan masa yang dah 'dilaburkan'. Setakat ni, boleh tahan la 'pulangannya'. Janji 'dividen' sentiasa ada. Ini bukan cerita pelaburan ASB, Public Mutual atau Amanah Saham Hartanah. Pulangan = Dividen = Perkembangan Abil = Hooray!!
Relevan-kah dengan tajuk, "Idea bidan terjun"?
Begini, setelah agak lama bersesi, masalah No Idea memang biasa berlaku. Bila No Idea, sesi akan jadi hambar dan boring. Bila Abil tak happy, saya pun rasa tak puas hati. Nak cari idea baru, kadang-kadang terkejar-kejar. Sudahnya, idea bidan terjun sajalah yang saya termampu. Yang penting, lari dari rutin. Masih tak lari daripada objektif bersesi. Masih sesuai untuk jana kreativiti. Elok untuk membaiki kemahiran motor halus, bagus untuk praktis fokus dan macam-macam lagi.



Saya tak tahu nama alat ni.
Macam pembaris, tapi bukan. Macam stensil, tapi bukan.
Tengok corak-corak tu, cantik kan?
Ada yang menjadi. Ada yang tidak. Amatur. hehe


Khusyuk. Menggunakan blocks pelbagai bentuk sebagai stensil.




Macam pembaris, tapi bukan. Macam stensil, tapi bukan.
Tengok corak-corak tu, cantik kan?
Ada yang menjadi. Ada yang tidak. Amatur. hehe


Khusyuk. Menggunakan blocks pelbagai bentuk sebagai stensil.










11 comments:
walaupun idea bidan terjun, tp bagus apa.. nmpk abil pun ceria aje.. teruskan usaha ye..
aku ada alat yg berpusing2 tu, masa kecik2 dulu cukup suka. rajin sungguh ko mencari idea. tp seronok kan, kepuasan diri pun cukup... bagus bagus!
Azma-> ini effort2 bidan terjun yg berhasil,jadi cerialah mukanya..ada gak yg tak berhasil..hehe
mek Ja-> benda lukis pusing2 tu mmg best..rasa puas bila Abil tak tunjuk muka boring. Tapi kalo muka sloooowwww jek, mak pun ilang mood daaa..hehe
kadang2 idea bidan terjun will turn out to sthing amazing:)) cool idea syida..
maya-> if it turns out cool, then it's my luck..haha...takleh diamalkan selalu idea bidan terjun ni, nanti kna virus M hehe
idea bidan terjun pun idea bernas jugak! baguslah syida ni..
garis lurus dengan cicles tu faaeq x dpt buat lg... masih a loooonggg way to go.. huhu..
cantiklah, colorful! i like!
edi, practise make perfect..Abil pun tak reti dolu2..now da byk improve..u keep on practising with faeq, nanti dia akan progress jugak (insyAllah)..
tingat kt benda lukis pusing2 tu, kt skolah dulu ader org dtg jual...punyer la hot time tu smpai ikat perut kumpul duit blanje sbb nk beli....hehehe
betul tu farah...mmg HOT stuff benda alah tu..akak pun msh ingat, ada salesman datang sek jual..tapi la ni, susah nak jumpa..kak dina punya tu :-)))
Post a Comment