10 hari tanpa sesi terapi bersama Abil?? Ya betol! betapa m.a.l.a.s.nya diriku...ini semua gara-gara cuti sekolah minggu lepas. Tanpa terapi, tapi sesi belajar tetap berjalan setiap hari, walaupun hanya untuk 10-15 minit.
Bila sudah mula berehat, momentum untuk kembali pick up memang agak lambat. Kali ini lebih
Bagaimanapun, saya suka statement ini, dari buku Play to Talk;
"Many people picture school rooms and structured lessons when they think of ways children learn. However, children learn an enormous quantity of information and skills during mundane, day-to-day routines like grooming, mealtime, doing chores and running errands with a parent. Using responsive strategies during these typical daily routines, they can also become one of the best and most EFFICIENT way for your child to LEARN in a variety of personally meaningful, real-life situations."
*saya sedang baca buku ini sekarang, belum khatam lagi.
Dalam erti kata lain, anak saya masih 'belajar' walaupun bukan di dalam sesi terapi yang khusus (macam selalu). Di luar sesi, saya minta dia angkat dan masukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Saya minta dia tutup pagar rumah sebaik saja kami balik. Saya juga berbual-bual dengannya di dalam kereta (walaupun dia tidak respon dan sesekali senyum saja). Saya dan anak-anak yang lain tumpang sekaki menyanyi lagu-lagu kegemarannya bila dia mula 'humming' seorang diri. Ada masanya dia akan main komputer seorang diri. Ada kalanya kami cuba connect dengannya supaya dia tidak tersisih dan berasa dihargai.
Ya, 'pengisian' masih ada. Cuma mungkin dengan kaedah yang berbeza dan lebih 'general' berbanding sesi terapi di dalam bilik dengan kerusi dan meja.
Bagaimanapun, ini BUKAN alasan. Terapi bersama Abil masih perlu diteruskan. Wake up Syahida!
Untuk mengembalikan mode 'bekerja' saya kongsikan aksi-aksi Abil berterapi. Jom tengok!





Diam tak diam, Mac sudah ke minggu terakhir. April dah nak tiba! Kalau nak tahu, April ialah Autism Awareness Month. Awal April ada aktiviti ini, anjuran NASOM. Saya sudah pun booking untuk turut serta. Bagaimanapun, di saat akhir, diberitahu pula tentang Forum Kesedaran Autisma di Pusat Perubatan UKM pada tarikh yang sama (2 April), masuk PERCUMA. *Rasa nak pergi semua. Nak bagi sokongan. Nak berjumpa kawan-kawan 'sekapal'.
Masalahnya sekarang, adakah saya dapat pulang ke KL pada hujung minggu tersebut? Hanya seminggu dari sekarang tapi segalanya masih samar-samar. Kita tunggu dan lihat.....*kepada anda di luar sana, terutama yang berada di KL/Selangor, ramai-ramai lah datang ye!
6 comments:
Saya pun baru nak panaskan enjin utk speech therapy si hasif. Selama ni duk buat suka2 hati je, bila2 rasa ada mood baru la buat..hehe..
Aktiviti tu dekat la ngan rumah saya.. nnt nak ajak hubby jln2 kat the curve la ari tu nanti... :)
azma, kot la sy dapat pergi nanti...kalau terserempak, tegur2lah ye ;)
insyaAllah leh pegi..kasi rekod utk famili kte berautism walk reramai lg
keen, kalo aku tak dpt pegi, ko tolong wakilkan la..hehe
kalaulaa boleh kerat badan gi sume skali kan.. alangkah bagusnya:)
maya, tu la pasal...tapi kalau kerat badan, langsung mati..haha.semua tak dapat pegi...kena buat klon kot ;p
Post a Comment