Abil sudah pun mahir mengasingkan beberapa kategori. Saya pernah bercerita di dalam entri ini. Baru-baru ini, saya perkenalkan dua lagi kategori, 'huruf' dan 'nombor'. Nampaknya mudah saja bagi Abil. Gambar-gambarnya di sini...




Ok. Aktiviti sorting di atas sekadar mengasingkan mengikut kategori. Ada satu lagi aktiviti sorting yang saya pelajari daripada Teacher Syikin(Occupational Therapist Abil). Yang ini lain sikit (banyak aktiviti terlibat). Konsepnya masih sama, mengasingkan. Tengok gambar terus la ye, senang nak cerita...

Dalam bakul ada sepit baju, 2 jenis puzzle dan blocks.
Bercampur-aduk segala, ala-ala cerita P.Ramlee 'Musang Berjanggut'.

Bekas-bekas untuk Abil mengasingkan objek-objek di dalam bakul.
Mula-mula, susun sepit baju pada kotak.
Susun blocks, ikut template yang disediakan.

Kemudian, susun puzzle kayu. Ada 2 set, nombor dan gambar kenderaan.
Dah siap.Lupa pulak nak tengok catatan masa.sigh
Kira oklah. Tak laju sangat. Tak juga lambat.
Jumpa lagi!
10 comments:
HEBAT LA ABIL
ina, biasa-biasa je ina..dah selalu buat aktiviti ni.mmg la nmpak hebat..tu psl kna selalu kerah idea nak bg aktiviti yg lebih mencabar kat Abil :)
wah, terror la abil! susah nak dpt skill sorting ni.. mesti lama prektis tu... well done!
edi, thanx! anyway, sorting categories is still not perfect..for some categories, like haiwan & serangga, sayur & buah, abil still confuse lagi..as for soting puzzles and other objects, kena bagi dia master in all the activities separately, baru boleh combine all in one.
aktiviti ni airell pun kene buatlaa..sbb die malas betul nak kemas barang lps sepahkan.. walaupun diajak sama2 kemas..last2 mama die buat sorang2..kalau bagi aktiviti mcm ni, mesti cepat sket die kemaskan kan:)
betul tu maya...sambil sorting, sambil kemas toys. dah habis, kasik puji lebeh2 sket hehe. sure airell terangkat haha
Good Job Abil!! Bagus3x.. :)
thank u aunty azma :)
kreatif la akak ni... nak kena follow jejak langkah ni.. hehe.
yatie,buleh la sikit2..blaja from tcher2 abil. buat yang simple2, yg mana sempat :)
Post a Comment