May 16, 2011

Kisah Adik

Muka mengantuk.


This boy is such a blessing! 

Setiap malam mendoakan abang dan kakaknya selepas mereka tidur. Dia tidur lewat. "Ya Allah, jadikan kakak/abang di kalangan yang sihat. Ya Allah, jadikanlah kakak/abang di kalangan yang rajin. Ya Allah, jadikanlah kakak/abang di kalangan yang pandai".

Berulang-ulang skrip ini dibacanya di hujung kepala abang dan kakak, sambil tangannya menyentuh kepala mereka. Mak TERHARU.


Setiap malam juga (sebelum saya tidur), dia akan ingatkan saya "Mak dah solat ke?" Dah. "Bila mak solat? Adik tak nampak pun." Ya, dialah reminder alarm saya.

Setiap malam juga, jika saya terlena dulu sebelumnya, dialah yang akan 'on'kan bacaan ayat Quran di pc saya. Dia tahu, itu rutin kami setiap malam. Terapi untuk abang, biar abang tenang. 

Seorang adik yang sangat teruja dan seronok setiap kali dia berjaya bantu abang memakai seluar (selepas keluar tandas) dengan sempurna. "Mak, tadi adik tolong abang masukkan baju dalam seluar. Pandai kan adik?" Memang pandai..

"Dah besar nanti, adik kena jaga Mak, Ayah.." Lagi? soal saya. "Abang!" pendek jawapannya, tapi penuh makna.

Moga terus membesar dengan cemerlang.


10 comments:

keen said...

AMIN :))

Edi said...

terharu baca... bertuahnyer dpt anak mcm zarif.. priceless...

Anonymous said...

+ Sheeda... sejuk perut ko ngandungkan Zarif kan.... Aku pon terharu membacanyer + Along +

Syahida said...

keen-> :)))
edi/Along-> mmg bertuah dpt nurhan zarif..harap2 tuah ni berpanjangan, dunia akhirat insyAllah...kalau dapat lagi 2-3 orang 'nurhan zarif' pun mak tak kisahhh..hehe

shogun_na said...

bertuahnya abg dan kakak zarif nie... Terharu lak membacanya...such a big boy, xpe bdn kecil tp jiwa mcm org dewasa... Bagus....

Sejuk peruk maknye... ;)

Mahani@mama homeschool said...

terharu sgt baca entri ni.... bertuah syida ada anak sprt zarif.

Syahida said...

ina, kadang2 tgk saiz anak2 ni, mmg kita selalu underestimate anak2 kita..tp kadang2 mulut dorang ni, mmg cam orang tua, faham ke idak ntah apa yg dicakap tu..apa pun, sangka baik jelah kan..mudah2an zarif mmg 'sematang' yg disangkakan dan diharapkan :)

Syahida said...

mahani, Alhamdulillah...Tuhan tu maha adil. Kalau abil satu cabaran, kakak dan adik Zarif pulak, satu kemudahan insyAllah

Sevendays Fragrance said...

+ Hahahaha... Apa lagi Sheeda.. tambahler lagi 2-3 "Nurhan Zarif". Bleh jadik geng Maryam & Muhammad Solihin + Along +

Syahida said...

alahai long...geng 2011 da tak sempat lah...doa2 le misi 2012 tercapai ye..Amin