May 21, 2011

Lari Dari Rutin


Rutin = Bosan
Lari dari Rutin = Lari dari kebiasaan



Hari persekolahan adalah hari-hari yang sibuk. Kadang-kadang bila tak sibuk pun, buat-buat sibuk haha. Sekolah. Pusat intervensi. Terapi. Piano. Renang. Macam-macam!

Sempena cuti wesak, kami semua lari daripada rutin-rutin ini. Sekejap sangat, bak kata adik . Cukuplah tu. Puas juga mereka bertiga-tiga main dalam kolam sampai kulit dah jadi hitam berjam-jam. Bayangkanlah, 3 beradik ni yang terawal masuk kolam (sebelum pengunjung-pengunjung hotel yang lain) dan mereka jugalah yang terakhir keluar dari kolam (itu pun kerana nak check out). Saya yang duduk menunggu mereka di tepi kolam dah jadi ketua 'geng budak itam'.

Siapa yang tak sukakan air? Ditambah dengan cuaca panas terik kebelakangan ni. Memang melompat-lompat masing-masing bila jumpa air. Apa pun, perlu hati-hati.

Alhamdulillah, obsesi abang pada air sudah lebih terkawal berbanding dulu. Kalau dulu, pantang nampak kolam/sungai/laut, dia akan TERUS berlari ke arah air (tak toleh kiri kanan lagi). Sangat bahaya. Kalau dilarang,dia tunjuk perasaan.Bila dah mula berendam, terus lupa naik ke darat. Mengamuk-ngamuk pula bila disuruh naik dan berhenti main air.

Sekarang, beliau dah semakin ok. Boleh tunggu. Boleh kawal obsesi. Boleh dengar arahan. Tapi kalau dia tahu anda 'beri muka' padanya, siap la dia cari helah untuk terus berendam dan berendam dan berendam.


Outing kami kali ini, saiz swimming pool-nya sederhana saja. Jadi senang la saya mengawal hero-hero dan heroin saya (tanpa encik suami). Abang pula, bila dipakaikan arm float, saya tak risau lagi. Terjunlah celah mana pun, berenanglah di aras mana pun, insyAllah masih terapung. haha





SPLASH!!




Cari benda tersembunyi; kakak, abang dan adik






4 comments:

Sevendays Fragrance said...

+ Kat mana nie Sheeda + Along +

Syahida said...

hotel naza, jb :)

ibuhebat said...

besnyer tengok dorang main air..

anak-anak saya takut air ada lah.. tak patut betul kan? huhu..

Syahida said...

Yatie, ye ke? rugiii..rugii...

anak2 akak 'pantang' jumpa air :)