Alhamdulillah, minggu lepas berjalan lancar. Kami dah pun kembali ke 'sarang' kami di selatan. Tiada lagi M(anak buah saya), tiada lagi Jae (kucing adik saya yang selalu dipeluk-peluk kakak dan adik), berakhir sudah sibling therapy saya.
ok. Saya kongsikan beberapa aksi abang semasa kami jalan-jalan di MV minggu lepas.
Begini ceritanya, adik saya berhajat ke Pet World Malaysia 2011 di MV. Bosan duduk di rumah. Maka, keluarlah kami berlima ke MV. Sampai di sana, kami berpecah, adik dan kakak ikut Mak Uda- nya, tengok-tengok haiwan. Saya dan abang, jalan-jalan window shopping berdua.



Outing berdua dengan abang ialah sesuatu yang agak mustahil. Tapi, itu DULU. Sekarang tidak lagi. Saya sudah rasa lebih confident untuk berjalan dengannya (tanpa encik suami) sejak setahun dua kebelakangan ini.Kenapa? Kalau dulu, hipernya ya Allah. Sekarang, boleh dengar arahan, mood dan emosi bertambah baik. Lokasi pertama yang kami 'terjah' semasa di MV, Toys R us. Saya suka bawa dia ke sini. Tanpa adik dan kakak, semuanya jadi lebih aman hehe.
Saya biarkan beliau melangkah sendiri sambil saya mengikut dan melihat dari belakang. Sesekali saya panggil dia untuk terus melihat permainan-permainan lain sebab dia memang hanya akan berminat pada objek yang boleh dipusing-pusingkan (macam gambar di atas). Berjam-jam dia boleh 'layan' buat aktiviti pusing-pusing tu. Jadi, sebelum dia leka dan 'tenggelam' dalam dunianya, saya tarik dia untuk terus cuci mata ke kawasan lain dalam Toys R Us.


Selain objek berpusing, abang suka apa saja yang berkaitan dengan AIR. Mini pool, swimming mask, goggles, floaties, semua dia SUKA. Lama juga dia berlegar-legar di kawasan ni. Sambil melihat-lihat, sambil saya tanya soalan-soalan mudah. Ada yang dia jawab, ada juga yang dia 'ulang' semula soalan pada saya (echolalia). Ada yang saya terangkan, ada yang dia sebut sendiri dengan sepatah dua perkataan. Sambil window shopping, sambil ber-speech therapy.


Selain objek berpusing, abang suka apa saja yang berkaitan dengan AIR. Mini pool, swimming mask, goggles, floaties, semua dia SUKA. Lama juga dia berlegar-legar di kawasan ni. Sambil melihat-lihat, sambil saya tanya soalan-soalan mudah. Ada yang dia jawab, ada juga yang dia 'ulang' semula soalan pada saya (echolalia). Ada yang saya terangkan, ada yang dia sebut sendiri dengan sepatah dua perkataan. Sambil window shopping, sambil ber-speech therapy.

Kemudian, beliau test-drive kereta-kereta mainan ini. Tengoklah tu, dah tak muat nak masuk dalam kereta mini tu. Drive setempat je, semua kereta kena 'ikat'. Sebenarnya, dia sukakan stereng tu. Objek berpusing kann. Maka dipusing-pusingkan stereng-stereng kereta itu sepuas hati.

Selesai di Toys R Us, kami berjalan-jalan lagi. Kali ini, beliau tertarik dengan kedai muzik Yamaha. Tengoklah tu, terpegun dia melihat piano-piano di situ. Masih ingat dengan entri ini? Ya, kebelakangan ini dia berminat dengan piano. Kami tengok dari luar kedai saja.
Kami teruskan berjalan. Kali ini, abang tertarik dengan Fish Spa. Ada banyak spa di MV. Yang sempat saya kira, di satu level saja, ada hampir 5-6 buah spa. Kebetulan spa yang satu ni, boleh dilihat dari depan kedai. Segan juga saya bila abang duduk mencangkung sambil memerhatikan seorang perempuan ber-spa ikan di situ. Cukup 5 minit, saya ajak dia beredar.


No comments:
Post a Comment