Jun 29, 2011

Jom Marathon

gambar google

Saya suka tengok movie. Release stress. Tak ada genre tertentu. Saya 'layan' apa saja. Paling saya suka romantic comedy. Tapi filem fantasi pun boleh.

Semalam, saya berpeluang menonton filem korea, Marathon. Best. Bersungguh-sungguh saya menahan air mata sepanjang menonton. Itu pun saya hanya sempat menonton separuh cerita. Tamat saja kelas tuisyen, terus saya buka TV (selepas membaca sms sepupu saya).

dari google


Rasa empati membuak-buak bila menonton filem ini. Sangat banyak persamaan antara Cho-Won dengan abang. Cho-Won sukakan zebra. Abang pula obses dengan gorilla dan shrek.

Gaya percakapan dan juga tona suara Cho-Won juga seperti abang. Sangat monotonous. Sukar menjawab pertanyaan, sebaliknya akan mengulang-ulang skrip yang didengar. Cho-Won juga sangat PATUH. Anak saya 3 orang, memang beliau lah yang paling patuh. Anda hanya perlu ajar atau latih dia sehingga dia faham dan tahu. Selebihnya, anda TAK perlu bimbang samada dia akan melakukannya atau tidak apabila disuruh. Dia akan buat tanpa sebarang soal. Ya, inilah antara 'kekuatan' mereka.

Saya rasa sangat sentimental bila menonton filem ini. Emosi agak ekstra berbanding ketika menonton Rain Man, My Name is Khan, mahupun Temple Grandin.

Fokus utama filem ini, Cho-Won yang SUKA berlari. Dia masuk pertandingan marathon. Menang. Cipta rekod. Sebuah kisah benar. 

7 comments:

Edi said...

wah... menarik nie.. ni citer kat TV ke?

Syahida said...

yes edi, kat channel AlHijrah semalam. try cari and donlod. i pun nak tgk seround lagi..hehe

Anonymous said...

Sorry beb lama x ke sini.

Just to invite you to my secret garden:

ilhamsitinur.blogspot.com

Syyyhhh secret tau!! :)

Azma said...

ruginya x tengok...

sama ngan syieda...smg filem dari msia pun menghasilkan sebuah filem yg betul berkesan dan 'tepat'

Syahida said...

ira, no worries.thanx for the link.nanti aku menyinggah :)

Syahida said...

Azma, 'tepat' tu yg penting. kalau tak, tak pyh buat filem. kalau nak buat, biorla buat 'homework' betul2,kan?

Azma said...

betul, betul, betul... :)