Ada apa dengan hari Sabtu? Kami ber'hari keluarga' bersama geng Smart Reader. Tahun lepas, program Sehari bersama adik di sini. Tahun ini, lokasinya bertukar. Agendanya tetap sama, ada acara Scavenger Hunt (aka Treasure Hunt).
Tahun lepas, kami pergi tanpa si abang. Dia sibuk berterapi setiap pagi Sabtu. Terpaksa kami tinggalkan dia. Tahun ini, rezeki beliau untuk join sekali. Saya pula, lebih dari senang hati nak bawa abang bersama. Sesuatu yang tidak saya rasakan mudah 2-3 tahun dulu. Kenapa? Dulu, abang sangat hiper. Boleh pengsan saya dan suami, setiap kali kami bawa abang ke mana-mana acara di luar. Selain hiper, moodnya tak menentu. Dia sangat mudah rimas bila berada di tempat awam, terutama jika ianya sesak dengan orang ramai, bunyi muzik yang kuat dan suasana hiruk pikuk.
Sensory overloaded. Ya, itulah cabaran untuk beliau. Cabaran untuk kami yang bersama-sama beliau juga. Bila terlalu banyak 'input' yang perlu diproses oleh otak berlaku serentak, abang jadi tak keruan. Tidak tenang. Huru-hara. Tantrum.
Dulu, walaupun keberatan membawa abang keluar dan menyertai aktiviti-aktiviti komuniti/keluarga, saya tetap teruskan juga. 'Simpan' di rumah? Saya tak sampai hati.
Alah bisa tegal biasa. 3-4 tahun juga kami bertahan dengan karenahnya. Kadang-kadang sabar. Kadang-kadang hilang sabar. Setiap kali 'bersosial' dengan dunia luar, abang belajar. Kami juga belajar.

Alhamdulillah. Fasa menyesuaikan diri itu sudah semakin stabil. Tabiat-tabiat autisme-nya masih ada. Tapi cukup terkawal dan saya sendiri sudah lali dengan pandangan pelik sekeliling. Bak kata mak saya, tak luak pun. hehe
Berbalik kisah Scavenger Hunt. Menariknya kali ini, dibuat dalam hipermarket Giant. Ada empat checkpoint. Untuk menang, kami harus pilih samada menjawab soalan kuiz/teka-teki atau membuat tugasan. Saya dan suami sama-sama pulun memerah otak. Ditambah kudrat lari pecut yang masih ada. Berbondong-bondong kami pecut lima beranak. Hasilnya; tempat ke-7. haha

Pada saya, no.7 sudah cukup cemerlang. Almaklumlah, pesertanya hampir 100 buah keluarga. Tahun lepas, dapat no.13. Hadiah hamper kami berjaya bawa pulang. Tapi air mata adik tetap bergenang. "Nak hadiah basikal..." Alahai adik, mak dah pecut habis tapi tak dapat Johan atau Naib Johan. Kasihan...Takpe dik, ada rezeki lain kali insyAllah.
Tak ada gambar semasa Scavenger Hunt. Nak menang punya pasal. haha

No comments:
Post a Comment