

Sandal abang terputus. Di Jusco. Sementara tunggu kakak habis kelas piano minggu lepas. Sandalnya itu memang sudah 'uzur'. Tapi saya sangkakan hayatnya masih ada sekurang-kurangnya sehingga raya. Rupa-rupanya dah tak dapat diselamatkan lagi. Almaklum sajalah, sandal second hand. Warisan daripada kakak hehe.
Hampir bengkok juga pinggang encik suami mendukung abang. Lebih kurang 100m juga berjalan mencari sandal baru untuk Abil. Dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai. Abang ni, nampak saja kurus. Kalau montel, tak terangkatlah jawabnya..
Mungkin juga sudah rezeki anak-anak minggu lepas. Beli sandal baru si abang, beli untuk kak kakak dan adik juga. Alhamdulillah. Sandal raya dah ready, baju raya habuk pun tak ada lagi haha.
Mungkin juga sudah rezeki anak-anak minggu lepas. Beli sandal baru si abang, beli untuk kak kakak dan adik juga. Alhamdulillah. Sandal raya dah ready, baju raya habuk pun tak ada lagi haha.
Tak apa. Jangan terburu-buru. Kita 'jumpa' ramadhan dulu.
Bercakap tentang Ramadhan, tahun ini saya berharap abang dapat belajar berpuasa sepenuh hari. Tahun lepas, cukup 30. Tapi hanya separuh hari. Dia belajar bangkit sahur. Belajar berlapar. Belajar dahaga.
Bercakap tentang Ramadhan, tahun ini saya berharap abang dapat belajar berpuasa sepenuh hari. Tahun lepas, cukup 30. Tapi hanya separuh hari. Dia belajar bangkit sahur. Belajar berlapar. Belajar dahaga.
Tahun ini, beliau dah 8 tahun. Autisme atau tidak, bukan alasan untuk tidak belajar berpuasa. Cuma, saya rasakan melatihnya berpuasa lebih mencabar daripada melatihnya bersolat. Belajar solat hanya memerlukan beliau untuk memberi tumpuan (walaupun sekejap) dan meniru gerak laku (tak perlu bacaan untuk permulaan).
Berpuasa? Haih, susah untuk saya jelaskan kenapa dia perlu berlapar dan dahaga sepanjang hari. Susah juga untuk mengajarnya mengawal emosi dan bersabar sehingga waktu berbuka tiba. Prosesnya harus dibuat secara perlahan-lahan. Mula-mula separuh hari. Kemudian, tiga perempat hari. Kemudian, sehari penuh. InsyAllah.
Mungkin saya boleh tunjukkan video dan gambar-gambar berkaitan Ramadhan dan Syawal. Main bunga api, membuat biskut raya, baju dan songkok raya. Tapi ini semua berkaitan Syawal. Ramadhan? hmmm...gambar-gambar orang bersahur dan berbuka mungkin.
Lebih baik lagi, bagi setiap tambahan jam abang berpuasa setiap hari, reward akan diberi. Saya mesti cuba. Mudah-mudahan berjaya. Aminn
Lebih baik lagi, bagi setiap tambahan jam abang berpuasa setiap hari, reward akan diberi. Saya mesti cuba. Mudah-mudahan berjaya. Aminn

6 comments:
pergh...seronoknyer! croc tu! hehehe...
hmm... bile syidah cerita psl puase br terfikir, mcm manala nanti nak ajar faaeq.. seb baik ade syida, bley sy dpt inspirasi :)
tak lama lagi nak puase ni!
err..edi, before i could gv u inspiration, pls doa for me ya. sy pun terkial2 gak ni..harap2 berjaya.
happy coming ramadhan! hehe
Assalamualaikum Syida,
‘Ya Allah
Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Mendengar
Kau permudahkanlah urusan keluarga ini, Kasihanilah mereka, Limpahkan rahmatMu ke atas mereka
Tabahkanlah hati Abil, hambaMu untuk menjalani ibadah puasa dari bangun Sahur sehingga waktu berbuka
Tetapkanlah iman Abil untuk menjalani ibadah puasa dari bangun Sahur sehingga waktu berbuka
Berilah kesihatan pada Abil untuk menjalani ibadah puasa dari bangun Sahur sehingga waktu berbuka
Semoga hambaMu Abil mampu melaksanakan ibadah puasa kerana Mu
Agar hambaMu Abil bersabar melaksanakan ibadah puasa Mu
Dapatlah Abil bergembira melaksanakan ibadah puasa Mu
Perkenankanlah Ya Allah
Amin'
Salam,
zue
Wa alaikum salam.
Terima kasih zue. terima Kasih!
Amin, Amin Ya Rabb.
Senoga dipermudahkan syida menagajar abil berpuasa.. Jgn lp share nnt ye.. mgkin suatu hari nnt saya pun perlukannya..
Azma, terima kasih. Kalau berjaya insyAllah saya berkongsi. kalau tak jawabnya kna cuba lagi dan lagi dan lagiiii...
Post a Comment