Aug 8, 2011

Abang berpuasa (di belakang tabir)

Macam-macam cerita. Antaranya;
  • Saya harus selalu 'berkepit' dengannya. Sejak dia celik (bangun sahur) sehinggalah ke waktu dia 'berbuka'. Nak tahu kenapa? Kalau tak, diam-diam dia akan pergi ambil apa saja yang boleh dimakan sebelum tiba waktunya. Biskut dan roti adalah favourite item. Encik suami kata, sorokkan saja dalam bilik stor. Kalau boleh, saya nak elakkan. Abang kena belajar tunggu dan sabar. Makanan ada depan mata, tapi kena tahan nafsu. Mujurla skill menunggunya dah banyak kemajuan. Boleh juga dia dengar arahan. Dengan syarat, saya sentiasa ada di sebelah untuk  alih perhatiannya.
  • Segala gajet (kepunyaan saya dan suami) yang abang suka digunakan sebagai umpan. Di waktu-waktu perutnya rancak berkeroncong, Nemo dan Shrek pun dah 'tak jalan'.haha Terpaksalah kami redhakan gajet-gajet kami di'godeh' oleh beliau. Selalunya handphone sayalah yang jadi mangsa.
  • Abang bersahur dari bawah selimut. Bila mood dia ok, dia bersahur di meja makan. Tapi yang ini jarang-jarang berlaku. Biasanya memang breakfast in bed. Nasi bukanlah menu kegemarannya di waktu pagi. Kalau pasta atau spageti, memang cepat saja dia menelan.
  • Bila menerangkan tentang waktu berbuka, saya gunakan model jam supaya abang lebih faham. Untuk anak autisme seperti abang, adalah sangat elok kalau anda memberitahu mereka awal-awal kemana hala tuju puasa mereka. Pukul berapa kah berbuka? Berapa lama kah mereka perlu bertahan? Ini penting. Mereka tak suka uncertainty. Rasanya kita pun macam tu kan? Setiap perkara yang ingin anda lakukan dengan mereka, mesti diterangkan dimana A dan Z -nya. Kalau tak, mereka akan mudah 'kusut' dan tak menentu. Dengan Abil, memang sejak bersahur, saya dah beritahu had puasanya, jam 12-kah, 2-kah atau 5-kah? sebab dia belum pandai tengok dan baca waktu di jam, di situlah peranan jam model.
  • Reward. Hadiah. Untuk abang, tawaran RM1 sehari tak sesuai. Hatta RM10 sehari pun, dia tak akan tertarik langsung. Hadiah mainan? Ben10? Transformers? Boboi boy?Juga tak sesuai. Yang best bagi abang ialah biskut Oreo. Bagus juga. Jimat. Tak perlu yang mahal. Cukup suka bila diberi biskut Oreo selepas berbuka. Selain biskut, peluk, cium, sorak, tepuk tangan dari semua. Kakak, adik, ayah dan mak juga. Abang sengih-sengih  bila diumumkan champion sebab dapat bertahan puasa. hehe
  • Menahan lapar hingga berjalan pun terbongkok-bongkok. haha Kesian mak nengok. Tapi muka masih boleh senyum-senyum lagi. Sesekali masih bertenaga main lompat-lompat atas trampoline, main skuter dalam rumah pun ok.

2 comments:

Farahliza Isa said...

bagusnyer abil...kuatkan semangat utk berpuasa penuh taun ni yer...chaiyok2! :D

Syahida Yep said...

InsyAllah farah...masih belum penuh sehari tapi on the wayyyy.. :D