Lompat = Jump = Rebound.
Saya suka tengok anak-anak saya AKTIF. Berlari. Meloncat. Memanjat. Berguling. Merangkak. Tapi biar kena pada tempat dan masa. Bukan dimana-mana saja.
Oleh itu, setiap hujung minggu, wajiblah saya bawa mereka bermain dan mengeluarkan lebihan tenaga dalam badan mereka tu.
Oleh itu, setiap hujung minggu, wajiblah saya bawa mereka bermain dan mengeluarkan lebihan tenaga dalam badan mereka tu.
Semalam mereka main sepuas hati di kawasan inflatable ini. Berbayar, tapi berpatutan. Mereka main sampai lupa daratan haha. Bagus main lompat-lompat ni, ala-ala melompat atas trampoline juga. Walaupun ada air-cond, abang melompat sampai berpeluh-peluh.Abang ni sangat SUSAH nak berpeluh. Kakak dan adik pula, tercungap-cungap mengejar abang sebab seperti biasa, bila masuk ke kawasan bermain, sebelum mereka meninggalkan saya di luar, saya berpesan, Go. Jaga abang! 'pengawas-pengawas'ku ini memang sangat komited menjalankan tugas. hehe
Aktiviti ni bagus. Antaranya, mengaktifkan lymph nodes pada tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin dengan lebih efektif. Sistem imuniti badan akan meningkat. Juga baik untuk menguatkan otot-otot, memperbaiki koordinasi tubuh dan menguatkan jantung.









4 comments:
last friday, masa birthday ammar, kami bawak 2ketul gie main2...suara 2 ketul aje nak menggemakan ruang lobby di Megamall...dasat...excited.. Org yg paling suka melompat dan tak pernah kenal erti penat ialah cik Farzana Maisarah...seronok...Ina pun seronok...
ina, bila kenit2 ni seronok...kita ni berganda2 lah seronoknya. bak kata omputih, PRICELESS!
haha..2x5 ngan anak2 saya Syeeda..
Tiap2 kali suh pilih tmpat utk outing, tempat cenggini la yg disebut dulu..
Kita tengok pun syiokkk.. :)
Azma, kalau boleh kita pun nak join sama...hahaha :p
Post a Comment