
imej google
Menariknya kali ini, kami pergi menonton bersama abang. Sebelum pergi, cuak juga. Almaklumlah, anak saya ni hiper. Boleh ke duduk diam di kerusinya dalam masa 90 minit? Boleh ke? Boleh ke?
Disebabkan dah tak tahan 'didesak' oleh kakak dan adik, akhirnya saya redah aje panggung dengan mereka. Tak sampai hati nak tinggalkan abang. Bagaimanapun, kami buat persediaan dan penyesuaian untuk beliau.
Saya pilih waktu tayangan jam3.45petang. Waktu bekerja, walaupun cuti sekolah. Crowd pastinya taklah sepadat waktu selepas kerja atau hari minggu.
Saya pilih juga untuk menonton selepas seminggu lebih cerita ini keluar di pawagam. Jadi sepatutnya, kurang la sikit penontonnya.
Saya juga siap bawa masuk favourite thing si abang untuk bantu beliau bertenang dan duduk diam (insyAllah).
Saya pilih filem ini sebab Puss In Boots (PIB) sangat sinonim dengan Shrek. Abang sangat suka dengan Shrek.
Dan, berlima-limalah kami masuk ke panggung tepat masanya. Harapan saya untuk duduk di barisan paling akhir tak dapat dipenuhi sebab seat belakang dah penuh. Kami terpaksa berpuas hati dengan barisan kedua akhir.
30-40 minit pertama sangat ok. Abang khusyuk juga menonton. Ada masanya dia gelak sorang-sorang. Ada masanya kami gelak beramai-ramai. Yang pasti, memang dia layan PIB ni. Kagum juga saya tengok.
Selepas 40 minit pertama, dia mula 'resah'. Encik suami pegang tangannya dan minta dia bertenang. Dia patuh. Setiap 5-10 minit, dia minta dipeluk. Saya layankan. "Ma, peluk!" satu pawagam boleh dengar. Berkali-kali pulak tu..hehe. Tak pulak dengar penonton lain mengeluh atau merungut. Masing-masing khusyuk melayan PIB. Kalau ada pun yang 'bising', mungkin saya tak perasan.
Apa pun, masa 90 minit berakhir juga...Legaaaa...misi movietherapy bersama abang berjaya. Saya bagi 6/10. Berjaya juga beliau diumpan dengan popcorn.
Ada ke lagi, misi movietherapy selepas ini? It depends. Kalau ada filem yang memenuhi citarasa abang, boleh juga. Kalau tak ada pun tak apa.
No comments:
Post a Comment