Dec 7, 2011

Yang comot (Episod 2)



Kelmarin, sempat kakak dan abang main painting. Adik not in the scene (pergi sekolah).

Simple saja aktivitinya. Setakat buat hand-print. Saya tengok abang cukup fokus. Sempat saya tinggalkan dia untuk menyidai kain. Bila saya kembali lepas 15 minit, dia masih di situ. Mengecat tapak tangannya. Kemudian, tekap! Masih ada habit untuk mengelap tangannya pada baju. Saya dan kakak terpaksa pantau dan standby sekotak tisu. Masa saya tak ada depan mata, agaknya berkali-kali jugalah dia lap pada baju. Mujur la pakai baju warna gelap. Rasanya lebih baik lagi kalau dipakaikan apron.

Beliau memang suka painting, berbanding mewarna dengan pensel warna mahupun krayon. 


No comments: