Jan 1, 2012

Cutipedia 2011 lagi dan lagi

Kami ke sini, Cosmo World Theme Park, Berjaya Time Square. Seronok. 

Membaca majalah Kuntum dalam perjalanan ke sana. Si abang tekun merenung gambar-gambar pusat rekreasi air yang ada pada majalahnya. Sampai 'hancur' kulit majalah. hehe


Selesai beratur dan membayar tiket, kami naik semua ride yang ada satu persatu. Ride yang sesuai untuk kanak-kanak sajalah.

Botanic Drive. Abang suka stereng. Tempat 'pemandu' memang dia dah booking awal-awal.
Kami juga naik keretapi Fantasy Trail.


Molly-Cool's Swing.

Buddy Go Round.

Crazy Bus.

Flying Bumble Bee.




Kidz Playground.
Memanjat. Berlari. Melompat.


Honey Bump.

Kali pertama naik, abang jadi driver. Pemanduan tak berapa lancar. Kali kedua naik, adik  take over. Seronok tengok mereka berdua.

Lebih kurang 3 jam lebih kami di sini. Selesai makan tengahari dan puas bermain, kami pulang. Dah seminggu berlalu, tapi abang masih sibuk menyebut "Time Square!" "Time Square!". Sah. Dia nak pergi lagi. Tengoklah tu, tekun membelek pamphlet Berjaya Time Square.

*psst..aktiviti menaiki rollercoaster/rides adalah sangat bagus untuk merangsang sensori.



6 comments:

maya amir said...

nmpk gayanye mmg kene gi lagik lah tu..hehehe

Syahida said...

hmm..mmg pun maya. bebudak ni dok sebut tgk kalendar. siap cakap nak kumpul duit utk tiket masuk time square ujung thn ni..haha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bdk2 sukala tempat mcm ne.. best ne..

Syahida said...

hehe mmg BEST pun :)

shogun_na said...

teringin nak bawak dorang ke sana....hmmm...tp parents boleh dok sebelah ke ek? Masih tak berani nk lepaskan Ammar dan farzana naik benda2 tue...

Syahida said...

Ina, tggu setahun dua lagilah..sebab x semua ride parents boleh naik. ada max height restriction. kebanyakan children ride, dorang kna naik sendiri..1-2 je yg boleh naik ngan parents.