Autisme dan visual. Sangat sinonim. Mereka suka visual. Melalui gambar-gambar, mereka senang belajar. Cepat faham. Cepat pandai.
Semalam, cikgu abang minta 4 keping gambar pasport. Kali pertama dan terakhir (setakat ini) abang bergambar di studio, tiga tahun lalu. Bukan senang.
Sukar memberi eye contact. Bukan masalah besar untuk saya. Walaupun beliau sukar bertentang mata, tapi dia boleh mendengar dan faham arahan serta berkomunikasi dengan agak baik. Belum sempurna tapi agak baik.
Bagaimanapun, untuk ambil gambar pasport, eye contact itu wajib. Selepas hampir 50 snap oleh jurukamera, akhirnya misi bergambar selesai juga. Fuhh!
Terdengar juga skrip kurang enak daripada jurukamera. Haih, abaikan jelah.
Saya tak pasti kalau abang dah boleh mengambil gambar pasport dengan lebih baik hari ini. Mungkin ya. Saya lihat dia sudah boleh memandang kamera dan memberikan pose yang dikehendaki bila diperlukan. Tidak berlaku setiap kali. Tapi tetap ada progress berbanding dulu.
Semalam, apabila diminta gambar pasportnya, saya sekadar 'mencuci' semula soft copy gambar dulu. Selagi wajah abang tak banyak berubah, selagi itulah cd gambarnya akan saya simpan dan guna semula.

2 comments:
encemla abil!!!! tapi kalau face to face lg encemla aunty rasa! hehe.. dlm gambar nampak matured sket.
tq aunty edi! o ye ke nmpk matured? gambar sebelum masuk sek tu, now nmpk lg matured la kot ;D
Post a Comment