Jumaat. 27 Julai 2012. 7 Ramadhan 1433.
Syukur. Dapat lagi peluang berpuasa tahun ini.
Personally, saya sebenarnya rasa agak 'cuak' dengan kedatangan Ramadhan tahun ni. Risaukan si abang nak berpuasa sekali lagi tahun ini. Takut sebenarnya. Abang makin dewasa. Tahun ini dah 9 tahun. Dah berkhatan pun.
Melatih anak berpuasa bukanlah satu 'perlumbaan'. Tak bermakna kita boleh bersikap sambil lewa. Tapi, kita harus realistik dengan kemampuan dan keadaan anak-anak. Yang penting, praktis dan terus praktis. Bagi peluang anak-anak mencuba, tanpa terlalu memaksa.
Setakat ini, dah dua hari abang dan adik berbuka puasa bersama-sama kami di waktu Maghrib. Pengalaman pertama untuk abang berpuasa sehari penuh ialah pada 3 Ramadhan yang lepas. Ya, hari Isnin. Terharu saya. Tak dapat nak ditahan-tahan. Tak sangka dia berjaya.
Berpuasa. Menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga.
Mudah untuk kita faham. Tapi untuk abang, mungkin pemahaman itu masih belum 'sampai' padanya. Yang saya lihat, belum 100%. Mungkin tahun ini, kefahamannya tentang puasa sudah meningkat kepada 70-80%.
Dia masih nak biskut-biskutnya sekitar jam 2-3petang. Kadang-kadang, jam10 pagi dia dah mencari-cari kudapan kegemarannya. hehe
"Tunggu, abang puasa. Tunggu ya.."
Kadang-kadang dia hanya diam dan patuh. Kadang-kadang dia tersengih dan senyum sebab cubaannya untuk makan telah gagal. hehe
Yang bagusnya, jarang dia mengamuk atau menangis sebab terlalu lapar atau terpaksa tunggu lagi.
"Ma, lambat lagi ke petang?"
"Ma, dah pukul berapa?"
"Ma, dah pukul berapa?"
"Ma, bila nak buka.."
"Ma, lapar......"
"Ma, haus....."
"Ma, lapar......"
"Ma, haus....."
Skrip-skrip ini pula diulang-ulang oleh adik (kadang-kadang setiap 2-3 minit). Dulu, kakak yang selalu tanyakan soalan-soalan itu. Alhamdulillah, sekarang kakak dah 'macho'. hehe
Abang hanya akan terus capai biskut dan serah pada saya (minta dibukakan tin/bekas/plastik), tanpa suara. Saya pula, hanya mampu pujuk dan pujuk. Selebihnya, dia leka main ipad atau komputer. Pada hari pertama berpuasa penuh, saya tanya apa yang dia mahu untuk berbuka. Pendek saja jawapannya, "nak piza!". Dan, kami berbuka dengan Dominos Pizza petang itu.
Walaupun dah 7 Ramadhan dan abang serta adik baru berpuasa penuh untuk 2 hari, setiap hari mereka juga sama berlapar dan dahaga sehingga sekurang-kurangnya jam 3 atau 4 petang. Macam saya kata tadi, praktis tetap praktis.
Tips untuk anda jika mahu melatih anak-anak berpuasa, mulakan perlahan-lahan. Jangan letakkan target yang terlalu tinggi. Ikut juga rentak anak. Kalau dia ok, teruskan berpuasa. Kalau tak ok, cubalah pujuk cara baik. Tawarkan reward dan biar mereka buat keputusan sendiri.
Oh ya, solat paling penting. Kalau berjaya cukupkan solat, insyAllah puasa tak jadi masalah.

Minit-minit terakhir sebelum berbuka. Mode termenung.
Abang setia dengan bantal busuknya.

6 comments:
Bagus Abil dn mamanye...
Belum diwajibkan ke atas mereka....kita hanya melatih....jangan memaksa hingga pingsan si anak.....ckit2 lama-lama nanti penuhlah sebulan...insyaAllah
ina, Abil & Zarif yang bagusnya..mak bg sokongan moral aje ;p
en samsul, mmg betul tu..jgn paksa2 nnti anak pengsan lagi susahhh, ye x?
sy ikutkan je rentak dorang, nampak ok..saya folo..hehe
yeayyy.. good boy abil!!!!:)
takpe, lame2 tu nanti die akan biasa berpuasa..
tq aunty maya!
tak sangka dia berjaya posa sehari penuh this year. so far, dah dapat 7 hari. Harap2 kekal stamina sampai abis ramadhan insyAllah..
Post a Comment