Aug 10, 2012

Di Sebalik Jubah


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Anak-anak berjubah. Macam imam muda. hehe

Niat asal beli jubah; untuk pakaian solat.

Sebelum ada jubah, selalu anak-anak saya solat tak cukup syarat. Tak tutup aurat dengan sempurna. Lalu, bila jumpa saja jubah kanak-kanak dengan harga patut dan saiz yang sepadan di Mydin, terus saya beli.

Gambar 1 & 2: Sesi fitting di Mydin. hehe
Gambar 3: Kali pertama abang berjubah. Dia rimas. Moody. Satu, rutinnya bertukar daripada sekadar berpakaian biasa untuk bersolat, sekarang 'terpaksa' berjubah. Kedua, dia rimas dengan leher cekak musang jubah tersebut. Kalaulah ada jubah leher teluk belanga (macam baju melayu Johor), dah lama saya belikan. Malangnya, jubah leher cekak musang saja yang ada. Selepas 2-3 hari, beliau dah ok. Lali dengan rutin baru. Selesa dengan jubah baru. Alhamdulillah.

Bahana terlalu seronok tengok anak-anak berjubah ala imam muda, tuan imam saya pun membeli jubah juga akhirnya.

Oh ya, jangan terpedaya dengan rupa-rupa innocent imam-imam muda saya berjubah ye. Solat mereka masih belum perfect. Masih dalam jemaah, tapi boleh bersilat, bertaekwondo, kadang-kadang menari shuffle. Memang tak khusyuk makmum di belakang (saya lah tu hehe).

Mungkin pak imam kena sedia rotan kat sebelah lepas ni.hehe



2 comments:

shogun_na said...

Ammar selalunya nak solat dgn saya...taknak langsung dgn ayhnya...tapi tak pernah perfect...kejap kang adik kacau...dia keluar masuk bilik...aduyai...
Abil dan Zhariff tampak comel berjubah...abg Iwan pun...hahaha...
seronok kan dapat berjemaah... :)

syida said...

ina, biasalah budak2 bersolat..memang pening nak layan. Ni hero 2 orang yang lebih besar dari Ammar ni pun tak tegap lagi solatnya..grr...

bila berjubah, memang segak masing2...sejuukkkk je mata nengok..hehe