Raya 2012. Masih meriah seperti tahun-tahun lalu.
Rutin Raya kami; JB-Selangor-Perlis-Selangor-JB.
Beberapa kisah baru untuk rutin raya 2012:
1. Emosi abang 'lari' sedikit. Tak macam biasa. Mudah 'sentap'. Saya tak pasti apa puncanya. Walaupun masalah ini tak terlalu serius, tapi agak mengganggu.
2. Perjalanan dari Selangor-Perlis melalui udara. Serik dengan kesesakan trafik yang agak melampau setiap kali Aidilfitri, kami fly ke utara. Dari LCCT-Alor Setar. Alhamdulillah. Walaupun abang agak moody musim raya kali ini, di dalam flight, dia tidak banyak karenah. Malah, nampak sangat happy.
3. Abang langsung tak berminat dengan angpau raya. Kalau sebelum ini, dia sudah pandai terima sampul duit raya dan memasukkan sendiri ke dalam koceknya, tahun ini lain pula ceritanya. Samada dia menepis sambil berkata "Tak nak!" atau dia buat tak tahu saja. Biasanya, saya/kakak atau adik yang akan mengambil angpau raya bagi pihaknya dan masukkan ke dalam poket beliau.
4. Tiada baju melayu pada hari raya pertama. Kami sekeluarga sekadar berjubah. Tidak juga sedondon. Yang lelaki berjubah putih. Saya dan kakak berjubah hitam.
5. Abang juga tak ikut serta bersolat sunat Aidilfitri tahun ini. Dia tidur lewat malam sebelum raya. Dia bangun lewat pada pagi raya. Untuk mengelakkan sebarang 'drama', kami ikutkan saja rentaknya.



geng jubah putih

Di balai berlepas, sebelum boarding. Ramai orang. abang menunggu dengan sabar.
Bila ditanya, dia menjawab "Nak aeroplane." hehe


Alhamdulillah. Selamat mendarat di Alor Setar.
Maaf gambar goyang. Nak tayang jugak! hehe
Maaf gambar goyang. Nak tayang jugak! hehe



Antara aktiviti di kampung, berbasikal.
Saya tukang tengok. Ayahnya tukang kayuh. Anak-anak tukang bonceng. hehe

Tukang kayuh dah 'pancit'. hehe




Satu lagi aktiviti wajib, makan laksa di Kuala Perlis. Sedappp!
Oh ya, lawatan ke Padang Besar juga 'wajib'.hehe



Cukup 4 hari 3 malam di Perlis, kami bertolak balik ke Selangor.
Sekali lagi, abang seronok sebab dapat naik aeroplane.
Sekali lagi, abang seronok sebab dapat naik aeroplane.


Adik pulak kata, bosan dalam kapal terbang.
Sebelum boarding, saya belikan majalah untuk bacaan anak3.
Alhamdulillah. Perjalanan kami dipermudahkan.
Alhamdulillah. Perjalanan kami dipermudahkan.
Anak-anak saya cukup enjoy balik kampung kali ini. Tidak stres dengan traffic jam. Perjalanan biasa selama 4-6 jam dari Perlis-Selangor, menjadi perjalanan 45 minit-sejam saja. Saya harap ada rezeki kami untuk ber-Air Asia lagi tahun depan, insyAllah.
2 comments:
Tengok Laksa Kuala Perlis yg tak boleh tahan tu.....mmg sedap
en.samsul,mmg tak terkata! sedap sangattt hehe
Post a Comment