Sep 3, 2012

Jumpa doktor (episod 2)



Jumpa doktor bukan satu perkara mudah untuk abang. Semalam, saya bawa beliau ke klinik. Dia kurang sihat sejak hari Sabtu. Demam dan muntah-muntah. Tak pasti apa puncanya. Cuma beliau seorang yang terjejas. Yang lain, Alhamdulillah ok.

Kami ke klinik biasa. Tutup pula. Terpaksa ke klinik lain.

Di dalam kereta, abang dah mula 'resah'. Di rumah, bila diberitahu mahu ke doktor, dia menjawab "Tak nak!" Kami diam saja.

Sementara menunggu sampai ke klinik, beliau dah mula merengek dan menangis sedikit. Tiba di klinik, saya dan abang turun berdua. Saya uruskan pendaftaran dan kami tunggu giliran untuk dipanggil. Sekali lagi, abang mula restless. Kadang-kadang dia mengetap bibir. Saya lihat dia cuba sedaya upaya mengawal emosinya daripada 'meletup'. Dia mula menangis dengan nada suara yang rendah.

Saya mula risau. Hanya saya yang menunggu dengannya. Biasanya, kalau ada ayahnya, saya rasa sedikit confident. Saya risau kalau beliau mula tantrum bila diperiksa doktor sebentar lagi. Tambah pula, kali ini kami akan berjumpa dengan doktor baru, bukan doktor di klinik yang biasa kami lawati setiap kali sakit demam.

Saya blur sekejap. Tak tahu nak buat apa. Saya sarat berdoa dalam hati. Mulut pula kumat kamit baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Inshirah berkali-kali. Saya peluk untuk bantu beliau bertenang. Saya bisik pada abang, "Kejap lagi kita nak jumpa doktor. Doktor baik. Doktor cuma nak check abang je." Dia diam, tak menjawab. 

Nama abang dipanggil. Kami berdua masuk. Saya dudukkan beliau di depan doktor. Saya tarik kerusi untuk duduk hampir di belakangnya. Sambil duduk, terus saya beritahu doktor, "Doktor, anak saya ada autism." Doktor hanya tersenyum.

Abang diperiksa oleh doktor tersebut selama lebih kurang 10 minit. Sangat bagus. Tenang dan bekerjasama. Diperiksa suhu, mulut, dada, leher, badan. Kemudian, doktor tanya saya, " Anak awak ni autistik yang macamana? ok je saya tengok.."

"Saya pun terkagum juga ni doktor. Biasanya dia takut jumpa doktor. Hari ni nampaknya ok. Alhamdulillah" saya jawab sambil tersengih.

Di dalam kereta, di klinik, sebelum berjumpa doktor, moodnya berbeza sekali.

"Mungkin aura doktor bagus. Jadi, dia tak takut dan rasa selesa." 

Selepas berbual ringkas tentang keadaan abang, surat MC diberi dan kami berdua keluar untuk menunggu ubat. Fuhh, lega! Di luar, saya terus peluk abang. Good boy!

Hari ni, abang berehat di rumah. Demamnya dah reda. Muntah-muntah pun dah tiada. Belum 100% aktif. Getting better insyAllah.

Alhamdulillah, mudah urusan kami malam tadi.




2 comments:

shogun_na said...

well done abil... Ammar juga ada masalah nak berjumpa dgn doctor...tp once dah kat dlm bilik...dari takut mode nya bertukar menjadi hyper...

syida said...

Ina, Alhamdulillah.nampaknya Abil getting better bab2 jumpa dr ni.tapi dgn dentist masih trauma lagi.
dulu, ms abil sebaya ammar pun, takleh duduk diam langsung ms jumpa dr.dia tgk macam2.semua dia nak explore.hehe