Di Snow City, Singapura sekitar dua tahun lepas. Cerita penuhnya di sini ---> Sehari di Singapura.
Minggu lalu, abang menuding jarinya ke gambar-gambar tersebut (yang ditampal di dinding bilik Kakak), sambil menyebut, " Nak holiday! Nak holiday!"
Ya, beliau boleh bercakap. Boleh menyebut beberapa patah perkataan. Tapi, pada kebanyakan masa, dia lebih banyak diam. Bercakap dengan perkataan yang terhad. Untuk berkomunikasi, kemampuannya agak lebih terhad lagi (buat masa ini).
Ya, beliau boleh bercakap. Boleh menyebut beberapa patah perkataan. Tapi, pada kebanyakan masa, dia lebih banyak diam. Bercakap dengan perkataan yang terhad. Untuk berkomunikasi, kemampuannya agak lebih terhad lagi (buat masa ini).
Jadi, bila dia mengekspresi (dengan perkataan dan suara), kami biasanya akan jadi terlebih happy dan excited. hehe
Sebaik saja dengar skrip pendek abang yang nak pergi holiday itu, kami (saya dan ayahnya) tersenyum sengih sampai ke telinga. Sabar ye nak, misi holiday akan dipenuhi insyaAllah. Soon..
Alhamdulillah, progress kecil yang sangat bermakna. Dulu, dia tak pernah ambil peduli, holiday atau tidak. Sangat susah memberitahu apa yang dia mahu. Mungkin juga dia tak tahu bagaimana untuk memberitahu apa yang dia mahu. Sekarang, dia sudah mula request, "Nak swimming!" "Nak Jusco!"
Oh ya, semua dialog beliau ada tanda seru (!) sebab memang intonasinya begitu. hehe
Mudah-mudahan progress abang akan berterusan. Amiin.
dari facebook


2 comments:
aik..saya komen kat part like fb kat atas. syida bleh baca gak kan.. :)
Azma, saya nampak tanda LIKE fb je kat atas tu.xleh baca komen huhu
Post a Comment