Cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi. Sesekali anak-anak dah bising, "Boringg...boringg.." Hmm, time sekolah nak cuti. Dah cuti, boring pulak. haiya..
Ok. Saja nak kongsi aktiviti anak3 di rumah. Lawan main puzzle.
Mereka biasa main puzzle. Tapi dah lama juga mereka tak main. Semasa sesi spring cleaning, saya jumpa set-set puzzle yang masih tersimpan elok. Yang tinggal cuma set 40pcs. Yang simple-simple 12pcs, kebanyakannya saya sudah sedekahkan.
Kalau sebelum ini, masing-masing main puzzle sendiri. Untuk kelainan, kali ini saya suruh mereka bertanding.
Kalau sebelum ini, masing-masing main puzzle sendiri. Untuk kelainan, kali ini saya suruh mereka bertanding.
Apalagi, masing-masing terus bersemangat. Paling saya suka, abang pun nampak seperti faham konsep 'pertandingan'. Dia tekun dan bersemangat, macam kakak dan adik juga. Selain itu, dia dah mahir cantumkan puzzle 40pcs, dengan bantuan yang sangat minima. Sesetengah set, dia buat sendiri 100% #Alhamdulillah
Seperti biasa, mak jadi juri. hehe
Bergilir-gilir mereka jadi champion :)
Oklah tu, hilang juga boring (sekejap) hehe
Oklah tu, hilang juga boring (sekejap) hehe




No comments:
Post a Comment