Seperti biasa, saya bangun jam 5 pagi untuk menyiapkan bekal makan anak-anak, sekaligus menguruskan dan menghantar anak-anak ke sekolah. Hari ini, menu roti telur. Ya, hanya dua bekas yang kelihatan dalam gambar sebab abang tak makan telur. So, dia tak suka dan tak makan roti telur. Kebetulan, setiap Jumaat adalah hari abang makan di kantin (i.e. tak bawa bekal ke sekolah). Jadi, saya ambil kesempatan setiap Jumaat untuk bekalkan kakak dan adik, menu kegemaran mereka berdua yang tak sesuai dengan selera abang. Atas permintaan adik, hari ini menu roti telur.
Bangun pagi pada hari Jumaat, lain semangatnya. Lebih teruja dan lebih bertenaga sebab esok cuti. haha
Kadang-kadang, anak-anak ada aktiviti di sekolah pada hari Sabtu. Tapi, semangat pada hari Jumaat masih semangat 'esok cuti'. hehe
Nak tahu apa hadiah paling berharga yang anak-anak bagi pada saya setiap kali balik dari sekolah? Bekal makanan yang habis licin dimakan. Setiap kali mereka serahkan ini pada saya, saya SUKA HATI.
Bahan bacaan online saya pagi ini;
Hari Jumaat, hari yang gembira.
dari Instagram


5 comments:
haha.. betul kak! kalau balik tgk bekal tak abis.. pastu citer beli makanan kat kantin, rasa frustnyaa.. huhu. roti telur ni pun antara faveret bekal anak2 saya.. kadang boh cheese kepit 2 roti, kadang buat sosej roll.. tp mesti nak celup telur jugak.
sedapnyer...nk buat roti telur la balik nanti..hahaha
yati--> tau takpe. kalau bekal x abis, rasa macam nak terjun bangunan pun ada. haha
farah--> roti telur sempoi je. masterchef cam awak, sure lg hebat menunya :) I wish I hv ur cooking talent!
Mang sedap klu anak2 yang makan,klu mak apak nyer yg makan kompom x smpai 5 saat..lalalala
airis--> mak apak sekali ngap..abiss hehe.
Post a Comment