Jan 21, 2013

Ke Dentist lagi

Hari Isnin. Seperti yang dijanjikan, saya mulakan dengan kisah ke Dentist dahulu. Kali terakhir saya bawa anak-anak untuk pemeriksaan dan rawatan gigi ialah setahun lebih yang lepas (lebih kurang 15 bulan, to be exact). Hmm, dah lambat tu. Sepatutnya, setahun sekali, kan?

Anyway, Jumaat lepas giliran kakak dan adik ke Dentist. Kami ke klinik kegemaran kami, Klinik Gigi Aspalela, Bandar Baru Uda (promo sket hehe). Doktornya sangat child-friendly dan kadar servisnya berpatutan.  Abang tak dilupakan, walaupun giginya  tak diperiksa atau dirawat kerana trauma dan fobianya tak abis-abis (mission impossible), saya tetap bawa dia untuk melihat sendiri situasi di klinik gigi, dengan harapan lambat laun dia akan jadi berani dan tak perlu dibius (pengsan) untuk cabut gigi.

Saya faham, takut ke Dentist adalah perkara biasa. Bukan saja kanak-kanak,  orang dewasa pun ramai juga.  Tapi saya cuba tanamkan sikap 'mesra dentist' pada anak-anak saya. haha Petuanya; jangan miss dental visit setiap tahun (sekurang-kurangnya setahun sekali, bukan tunggu gigi sakit sangat baru nak jumpa doktor.hehe)




Adik buat rawatan dulu. 
Bila doktor check, ada sebatang tunggu sebelah atas (bahagian depan) perlu dicabut segera. 
Saya ok aje bila doktor cadangkan dicabut. Seperti biasa, mulanya adik tak mahu. Akhirnya, selepas dipujuk secara lembut oleh doktor, dia ok. FYI, ini bukan kali pertama gigi adik dicabut. Tapi, rasa takutnya tetap, apalagi bila diberitahu akan dibius (inject).


Ya, siap pakai cermin mata hitam haha (untuk elakkan silau). Baru lepas dibius (lebih dari sekali), menangis la juga sebab sakit. hehe Saya peluk dan cuba tenangkan dia. Alhamdulillah, bila kesan bius dan meresap pada gusi dan gigi, dia rasa kebas dan gigi dicabut dengan selamat. Fuhh..

Kakak menunggu di tepi. Muka cuak. haha
Abang pun ada sekali tapi saya tak sempat snap gambarnya. Waktu adik dibius, abang dibawa keluar sebab saya tak mahu dia bertambah takut bila tengok adik menangis.



Yeayy, dah selesai.
Tunggu kakak pulak.

Kakak cool aje (walaupun mula-mula macam cuak juga).
Selesai scaling dan juga cabut sebatang gigi (yang dah longgar), 
saya upah anak-anak makan aiskrim.
Syukur, semua dah selesai.

Oh ya, satu lagi petua nak bagi anak-anak berani ke Dentist, mak ayah pun kenalah berani ya :) Like parents, like children. Jumaat ini, giliran saya pula ke klinik gigi. 

1 comment:

Nurul Shahira said...

Whyyyyy kisah akak ke dentist tak dikongsi di sini? Why why why? ;D